BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas maut digilis lori

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,258
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,258
Reaction score
1,663
Points
201
Warga emas maut digilis lori
FB_IMG_1652275123870.jpg

Seremban: Lelaki warga emas maut selepas digilis lori kira-kira sejauh 10 meter di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran lampu isyarat ke Jalan Seremban-Tampin, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, lelaki berusia 80 tahun itu cuba memotong di sebelah kiri lori namun bergesel dan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mangsa tersepit di bawah tayar lori berkenaan sebelum dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang.

"Siasatan awal mendapati lori itu bergerak lurus dari arah Kuala Pilah menghala ke Plaza Tol Senawang.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 80 tahun dikatakan cuba memotong namun bergesel dengan lori yang dipandu lelaki berusia 69 tahun itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nanda berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa dipercayai terjatuh dan digilis lori yang datang dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Senawang sebelum diseret sejauh kira-kira 10 meter.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

@hmetro.com.my
Gambar Media sosial
 
Allah. dah 80 tahun pun masih kena ke sana ke mari.
 
Blk kg rayo tgk ibu ayah yg dh tuo 70an Masih gigih buek kojo kmpung poie sano sini naik kapcai. Takut2 jadi mcm ni. Ya Allah mtk jauhkn dpd eksiden
 
Blk kg rayo tgk ibu ayah yg dh tuo 70an Masih gigih buek kojo kmpung poie sano sini naik kapcai. Takut2 jadi mcm ni. Ya Allah mtk jauhkn dpd eksiden

kampung,,,insha allah. had laju kenderaan yg masuk kampung kena slow.
bila pi pekan ke atau pi highway tu yg bahaya.
 
salam takziah, teringt kes yg org umoh bgtau ari tu.. org tua jugak... cucu2 dah sembunyikan kunci moto...
tp arwah jumpa jgk kunci tuh... bwk moto g main road n eksiden... meninggal jugak. asbab nak meninggal eksiden
 
asbab. redha.
 
Allahu..mmg dah tertulis ajal mcm tu..
 
Back
Top
Log in Register