BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Tentera Maut Digilis Lori Treler Di Kampar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,165
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,165
Reaction score
346
Points
141
1cab8b68ca31bd0ddfa6749dcaeae2a269bbde7b7c90a

c0a541c017eda8248505fe00e02def2169bbde957e8c3

kredit IPD Kampar

Seorang anggota tentera maut selepas digilis sebuah lori treler dalam kemalangan di Kilometer 296.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampar petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata pihaknya menerima maklumat pada 2.20 petang mengenai kemalangan itu.

Beliau berkata mangsa Muhammad Adam Ibrahim, 27, yang menunggang motosikal Sym Husky 150 SE disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal itu dipercayai bergesel dengan lori treler pada bahagian tayar kanan lalu terjatuh di atas jalan dan digilis.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat manakala pemandu lori berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register