BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Maut Bakar Diri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
05.10.2019 - Gombak, Lelaki warga emas maut dipercayai membakar diri di garaj kereta rumahnya di Kampung Melayu Seri Gombak, Gombak hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anak mangsa yang memaklumkan bapanya berusia 74 tahun membakar diri di rumah mereka 9.10 pagi tadi.

“Anak lelaki mangsa keluar rumah sebelum ternampak ayahnya terbaring di garaj kereta dengan seluruh anggota badannya terbakar.

“Anak mangsa kemudian memadamkan api dengan menyiram air sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Samsor berkata, anak lelaki mangsa menghubungi ambulans sebelum bapanya disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Berdasarkan keterangan anaknya, mangsa ada masalah mental dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

“Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut dipanggil untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat yang akan dilakukan esok.

Screenshot-572.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/503571/warga-emas-maut-bakar-diri
 
takziah ... orang tua2 ni cepat terasa/ambik hati dan terlampau senang rasa kesunyian .....
tu yg byk hadapi tekanan perasaan dan masalah mental
 
Sebaiknya sapa yg masih ada ibubapa,kena prihatin,peka dgn masalah diorang...

masalah diorang nmpak saja remeh,tapi sebenarnya berat...cuma batas keewangan kekadang yang kaburkan hakikat kesusahan diorang...
 
Back
Top
Log in Register