hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,485
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,485
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Wanita terkilan pemandu bas tidak kejut penumpang tidur
PETALING JAYA – Seorang wanita warga Belarus meluahkan rasa kesal sikap pemandu bas yang tidak endahkan penumpang yang tertidur dalam bas ketika melakukan aktiviti mengembara.
“Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Penang, saya tidur dalam bas waktu malam. Namun saya masih tertidur ketika sampai di Terengganu.
“Pemandu bas kejutkan saya selepas 10KM perjalanan diteruskan dan bukan di stesen bas saya perlu turun,” ujarnya.
Menurutnya, dia (wanita) mengaku situasi itu merupakan salahnya sendiri sehingga terpaksa berjalan 10 kilometer (km) kerana terlepas destinasinya.
“Kali kedua saya terlepas destinasi ke Kuala Lumpur selepas menaiki bas pada waktu malam. Pemandu bas kejutkan saya selepas 30km beredar dari stesen bas,” tambahnya.
Menjengah ke ruang komen, ramai yang bersimpati dengan nasibnya dan berseloroh mengalami situasi yang sama sebelum ini.
“Orang tempatan pun pernah mengalami situasi yang sama,” komen @Flower_monster
“Selepas ini, berborak dengan orang sebelah kamu sekiranya mereka turun di destinasi yang sama, minta mereka kejutkan kamu,” kata Dani.
“Kadang orang takut nak kejutkan kerana risau mengganggu. Orang yang tidur pun selalunya marah apabila dikejutkan,” komen @Tontontolow
“Kebiasaannya orang ‘chicken-chicken sleep’ (tidur ayam) dalam bas, tapi kalau kamu jenis tidur mati (tidur nyenyak), lebih baik kamu ingatkan pemandu bas atau penumpang sebelah untuk kejutkan kamu,” komen @Gp3bmf
Artikel : Kosmo Online