BTC USD 84,405.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemandu bas ekpress bonceng belakang gewe bawok bas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,561
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,561
Reaction score
1,681
Points
201


14207980793665709-389424.jpg


Benda dah viral. Ckp tak kena tembak tak guna.

Apa punya pemandu bas ini.

LOKASI.Dari R&R SEREMBAN SAMPAI R&R KULAI

TARIKH:12/4/2026
MASA: 2pm
NO BAS: ABE 9588

BAS DARI TBS KE LARKIN CENTRAL

SYARIKAT BAS: SRI MAJU EKSPRESS.

#viral
 
Pemandu bawa bas ekspres sambil riba ‘awek’


JOHOR BAHRU – Tular satu rakaman video memaparkan seorang pemandu bas ekspres didakwa memandu dalam keadaan berbahaya apabila meriba seorang wanita ketika kenderaan itu sedang bergerak dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur (TBS) menuju ke Larkin Sentral, di sini.

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila tindakan pemandu berkenaan dilihat bukan sahaja tidak profesional, malah berisiko tinggi terhadap keselamatan penumpang.

Menurut maklumat yang dikongsikan di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika bas berada di lebuh raya antara kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban sehingga ke R&R Kulai.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku pada pukul 2 petang, semalam iaitu waktu perjalanan yang lazimnya melibatkan jumlah penumpang yang ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita duduk di atas riba pemandu ketika bas sedang bergerak laju, sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan serta disiplin pemandu terbabit.

Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan tidak puas hati, malah ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan boleh mengundang tragedi sekiranya berlaku kecemasan.

Selain itu, pengguna media sosial turut mendesak agar pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) segera menjalankan siasatan terperinci.

Ada juga yang meminta syarikat bas terlibat tampil memberikan penjelasan serta mengambil tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan jika dakwaan itu terbukti benar.


Artikel : Kosmo Online
 
ni kalu terbalik ni mula ckp brek x mkn la,lampu jln xde la
 
pk nafsu sndiri je, nyawa orglain ambik sambil lewa. Kat jln ry pk la kuarga org2 lain de baby anak2 dgn orgtua.
 
JPJ siasat pemandu bas ekspres riba wanita sambil memandu

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memulakan siasatan susulan tular sebuah video yang memaparkan tindakan melampau seorang pemandu bas ekspres yang didakwa memandu sambil meriba seorang wanita.



Berdasarkan hantaran di Facebook, bas ekspres berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Kulai semasa kejadian berlaku.


"Siasatan segera dijalankan susulan video tular itu. Pemandu dan syarikat bas yang terbabit sudah pun dikenal pasti.

"Pemandu berkenaan juga sudha dipanggil untuk diambil keterangan pagi ini," katanya.

Beliau berkata, sebaik siasatan lengkap, kes akan dirujuk kepada Ketua Pengarah JPJ untuk tindakan dan arahan selanjutnya.


Beliau juga memberi peringatan tegas kepada semua pemandu, terutamanya pengendali kenderaan komersial, supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan orang ramai.

"Ini sangat penting bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan mengelakkan insiden yang boleh meragut nyawa," katanya.

Austin Camoens
[email protected]
Artikel➡️ Harian Metro
 
14208568889030957-389566.jpg


Pemandu bas riba wanita ditamatkan perkhidmatan



Sri Maju Group dalam kenyataan dikongsikan di Facebook, hari ini mengesahkan pemandu yang dipaparkan dalam video tular itu adalah pekerjanya.

Menurutnya, insiden berkenaan berlaku dalam sebuah bas ekspres pihaknya yang beroperasi bagi laluan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin, Johor Bahru, semalam dan ia disifatkan amat mengecewakan, membimbangkan sekali gus tidak boleh diterima.

Katanya, susulan itu pihaknya juga sudah mengambil beberapa tindakan iaitu membuat satu laporan polis secara rasmi terhadap pemandu berkenaan berhubung insiden itu.

"Perkhidmatan pemandu berkenaan bersama Sri Maju Group sudah ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

"Insiden itu sudah dilaporkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kami sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan dalam siasatan yang sedang dijalankan.

"Selain itu, mengambil langkah penambahbaikan pemantauan video. Sistem pengawasan video bagi pemandu dan di dalam bas sudah dipasang pada bas baharu kami dan kerja pemasangan sedang dilaksanakan dengan kadar segera bagi bas sedia ada yang belum dilengkapi dengan sistem berkenaan," katanya.

Kenyataan itu berkata, pihaknya memohon maaf dengan setulus-tulusnya dan tanpa sebarang syarat kepada semua penumpang yang terbabit serta kepada orang awam.

"Keselamatan serta keselesaan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami.

"Tingkah laku yang dipaparkan dalam video berkenaan adalah suatu pelanggaran serius terhadap prosedur operasi standard syarikat, selain bercanggah sama sekali dengan tataetika profesional yang kami tetapkan bagi semua pemandu kami.

"Selama ini, kami sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengekalkan kepercayaan serta sokongan pelanggan kami yang dihargai.

"Namun, kami amat kesal bahawa walaupun pelbagai langkah pencegahan dan pemantauan dilaksanakan, insiden seperti ini masih boleh berlaku," katanya.

Syarikat berkenaan menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh membahayakan keselamatan dan nyawa penumpang mereka.

"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan akan mengambil segala langkah yang perlu serta sewajarnya bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan.

"Kami kekal komited sepenuhnya terhadap keselamatan, keselesaan, dan kepercayaan setiap penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami," katanya.

Hari ini Harian Metro melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengenal pasti syarikat dan pemandu bas didakwa memandu secara tidak berhemah yang tular di media sosial.



Sumber : Harian Metro
 

Polis Kesan Pemandu Riba Wanita Dalam Bas Ekspres​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Polis sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres lelaki serta seorang wanita yang dipercayai kenalannya bagi membantu siasatan berhubung satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan kejadian memandu dalam keadaan berbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jasin Supt Lee Robert berkata video berdurasi lapan saat yang dimuat naik di Facebook itu menunjukkan wanita berkenaan duduk di atas riba pemandu ketika kenderaan sedang bergerak.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada 12 April lepas kira-kira 7.30 malam di kawasan susur masuk Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan dan rakaman video kejadian itu dikesan tular 13 April kira-kira 5.30 petang oleh pihak polis.

"Sehubungan itu polis memohon kerjasama individu yang terlibat dalam rakaman video berkenaan agar tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lee berkata perbuatan itu amat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan pemandu serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Insp Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register