BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita OKU Ditemukan Rentung Terperangkap Dalam Rumah Terbakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
8156cb84f03cd5442a0362cb8a06f88869d07b00f1a84

Kredit: ADUN Nilai J Arul Kumar

Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Mantin Baharu di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 32 tahun itu pada 11.33 malam.

“Kebakaran melibatkan rumah teres berkeluasan 20x65 kaki persegi yang musnah sepenuhnya. Mangsa ditemukan rentung dalam bilik utama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata operasi pemadaman yang membabitkan 14 pegawai dan anggota ditamatkan pada 11.50 malam selepas kebakaran berjaya dikawal.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai J Arul Kumar berkata ketika kejadian mangsa yang menghidap strok dan lumpuh separuh badan itu dipercayai sedang tidur manakala adik lelakinya tidak berada di rumah.

“Mangsa hanya tinggal berdua bersama adiknya di rumah tersebut dan ketika kejadian adiknya keluar untuk membeli makanan sebelum dimaklumkan rumahnya terbakar.

"Menurut jiran, dia terdengar suara wanita meminta tolong tetapi orang ramai tidak dapat masuk untuk menyelamatkannya kerana api sedang marak dan pintu rumah pula tertutup,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register