BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita mengamuk di restoran, pemilik kerugian lebih RM45,000

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Wanita mengamuk di restoran, pemilik kerugian lebih RM45,000



IPOH: Seorang wanita bertindak mengamuk di sebuah restoran di Taman Tasek Damai di sini awal pagi tadi selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung urusan pembayaran makanan.


“Suspek turut menggunakan sebilah pisau pemotong daging untuk merosakkan peralatan restoran termasuk memecahkan cermin penghidang makanan.

“Selain itu, wanita berkenaan dipercayai mengambil wang tunai dari laci restoran serta memberikan makanan secara percuma kepada pelanggan lain yang berada di premis berkenaan,” katanya.

Akibat kejadian itu, pemilik restoran mengalami kerugian dianggarkan lebih RM45,000 melibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan wang tunai.

Suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kampong Tawas bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mempunyai sejarah rawatan psikiatri dan baru sahaja menerima rawatan di Hospital Taiping sebelum kejadian berlaku.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.

Artikel : Buletin Tv3
 
369712-369712.jpg


WANITA TAMPAR PEKERJA RESTORAN, DIDENDA RM11,800.

IPOH – Nurfarahanim Soaid, 29, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Ipoh, termasuk mencederakan dua pekerja restoran dan melakukan khianat dengan memecahkan cermin penghadang makanan.
Kesalahan dilakukan pada 28 Januari di Restoran SK Naina, Taman Tasek Damai. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324, 323 dan 427 Kanun Keseksaan. Peguam memohon hukuman minimum kerana tertuduh ibu tunggal, menghidap bipolar dan memiliki tiga anak. Pendakwaan menegaskan perbuatan serius dan memberi pengajaran kepada orang awam. Mahkamah menjatuhi denda RM11,800 atau 30 bulan penjara jika gagal membayar.
 
691425e09b642853ceaea2f40ce6301469832ff965bc6

Seorang wanita didenda RM11,800 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan, iaitu mencederakan dua lelaki dan melakukan khianat di sebuah restoran di sini, Rabu lepas.

Seorang wanita didenda RM11,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan, iaitu mencederakan dua lelaki dan melakukan khianat di sebuah restoran di sini, Rabu lepas.

Nurfarahanim Soaid, 29, yang mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu turut diarah menjalani 12 bulan penjara jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohamed Hussain Mubarakali dengan cara menampar dan menumbuk pengadu di Restoran SK Naina, 2-1, Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, di sini pada kira-kira 6.26 pagi, 28 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amal Aziemah Abd Kohar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nurfarahanim merayu dikenakan hukuman ringan kerana disahkan menghidap bipolar, selain merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal kepada tiga anak.

Majistret Anis Hanini Abdullah kemudiannya menetapkan denda RM1,800 dan dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pada prosiding berasingan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muniasamy Rathinavel Nadar dengan menggunakan garpu di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dia didakwa sengaja melakukan khianat dengan memecahkan tiga keping cermin penghadang makanan milik restoran itu yang menyebabkan kerosakan harta benda.

 
torbaik ibu tunggal..

muka cun body mantap..mohon abam @dausbiz bayarkan denda & then masuk meminang
 
Back
Top
Log in Register