hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Wanita mengamuk di restoran, pemilik kerugian lebih RM45,000
IPOH: Seorang wanita bertindak mengamuk di sebuah restoran di Taman Tasek Damai di sini awal pagi tadi selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung urusan pembayaran makanan.
“Suspek turut menggunakan sebilah pisau pemotong daging untuk merosakkan peralatan restoran termasuk memecahkan cermin penghidang makanan.
“Selain itu, wanita berkenaan dipercayai mengambil wang tunai dari laci restoran serta memberikan makanan secara percuma kepada pelanggan lain yang berada di premis berkenaan,” katanya.
Akibat kejadian itu, pemilik restoran mengalami kerugian dianggarkan lebih RM45,000 melibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan wang tunai.
Suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kampong Tawas bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mempunyai sejarah rawatan psikiatri dan baru sahaja menerima rawatan di Hospital Taiping sebelum kejadian berlaku.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.
Artikel : Buletin Tv3