BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita lari ikut tingkap selepas didera dan dikurung kekasih 'psiko'

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Wanita lari ikut tingkap selepas didera dan dikurung kekasih 'psiko'​

3582302.webp

Mangsa mendakwa dia dipukul tanpa sebab oleh teman lelakinya yang panas baran melampau. - Foto Agensi

BEKASI – Perkenalan dengan seorang lelaki melalui media sosial bertukar menjadi mimpi ngeri buat wanita ini.

TS, 25, warga Cikarang Selatan, Kabupaten Bekasi di Indonesia mendakwa dia didera dan kurung teman lelakinya. S, 28.

Sikap agresif pelaku dikatakan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini selepas mereka menjalinkan hubungan cinta kira-kira enam bulan lalu.

"Saya mengenali dia melalui Instagram. Sejak dari awal dia memang suka naik tangan," ujarnya.

TS mendakwa sepanjang hubungan mereka, kedua-duanya sering berdepan konflik. Namun, hubungan itu tetap diteruskan kerana setiap kali berlaku pertengkaran, mereka masih sempat berdamai.

TS mendakwa keganasan yang dialaminya termasuk dihantukkan ke dinding dan dipukul pada beberapa bahagian tubuh.

Menurut TS, teman lelakinya itu boleh melepaskan kemarahan secara tiba-tiba walaupun ketika mereka sedang melakukan aktiviti harian.

Selain didera, TS turut dikurung selama seminggu di sebuah rumah sewa di kawasan Cikarang Selatan.

"Saya melarikan diri melalui tingkap kerana pintu depan dan belakang dikunci ketika S tiada di rumah," jelasnya lagi sambil menambah dia telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan membuat laporan berhubung kejadian tersebut kepada pihak Polres Metro Bekasi Kabupaten.

Difahamkan, siasatan telah dilancarkan ke atas aduan tersebut. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register