BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita dilamar kekasih selepas berlari 42 kilometer

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Wanita dilamar kekasih selepas berlari 42 kilometer​

geli-melamar-1.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu melamar kekasihnya di garisan penamat. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila melamar kekasihnya selepas dia melengkapkan larian maraton sejauh 42 kilometer, lapor portal berita Wolipop.

Kejadian itu berlaku pada acara Maraton Antarabangsa Jakarta (JAKIM) 2026, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @edho_budiman menunjukkan lelaki terbabit bersorak apabila kekasihnya berjaya sampai ke garisan penamat.

Dia kemudian tiba-tiba melutut di hadapan teman wanitanya sebelum mengeluarkan cincin.

Detik indah itu menjadi lebih bermakna apabila wanita berkenaan menerima lamarannya.

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Adakah saya perlu sertai maraton supaya dapat lamaran?” kata seorang netizen.

“Bila giliran saya?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register