combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kematian bayi perempuan yang baru dilahirkannya, yang dicampak dari tingkat 38 sebuah kondominium.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Lua Mei Zhu, 24, dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 27 Feb 2025.
Tertuduh menangis sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadapnya.
Lua mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian bayi perempuan yang baru dilahirkannya, dengan ketika tindakan menyebabkan kematian dilakukan, fikiran tertuduh berada dalam keadaan terganggu akibat melahirkan bayi tersebut.
Perbuatan itu dilakukan di tingkat sembilan sebuah kondominium pada 1.30 tengah hari hingga 9 malam, 26 Feb 2025, mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 309B kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
Berdasarkan fakta kes, pada 10.21 malam 26 Feb 2025, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki yang menemukan bayi dalam keadaan kepala pecah di beranda luar rumahnya di tingkat sembilan kondominium berkenaan.
Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah pergi ke sebuah unit di tingkat 38 kondominium tersebut dan mendapati tertuduh berada di dalam bilik sebelum ditahan.
Siasatan mendapati punca kematian bayi yang baru dilahirkan itu adalah akibat jatuh dari tempat tinggi sehingga menyebabkan pelbagai kecederaan.
Tertuduh juga didapati mencampakkan bayi yang baru dilahirkan melalui tingkap tandas unit berkenaan selepas melahirkan bayi itu. Hasil siasatan turut mendapati tertuduh melakukan tindakan sedemikian kerana berada dalam keadaan panik selepas melahirkan.
Wanita Campak Bayi Dari Tingkat 38 Dipenjara Dua Tahun
Mahkamah Tinggi, sebabkan kematian, bayi perempuan