wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
Pendapatan kurang RM1,500 layak dapat dana khas Hari Raya
KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu yang berpendapatan RM1,500 ke bawah sebulan layak menerima Dana Khas Hari Raya tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata ini berikutan kerajaan negeri menetapkan syarat baru untuk penerima dana itu dengan menaikkan jumlah pendapatan mereka yang layak berbanding RM1,200 sebulan sebelum ini.
“Syarat baru kelayakan itu dibuat berdasarkan keadaan semasa kerana rakyat kini dibebani kenaikan harga barangan keperluan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.
Beliau berkata borang permohonan akan dikeluarkan akhir bulan ini melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pembayaran akan dibuat pada bulan puasa.
Ahmad berkata penerima bantuan itu terdiri daripada remaja dan warga emas, yang masing-masing menerima RM200 seorang manakala RM300 bagi setiap ketua keluarga.
“Bagi keluarga yang mempunyai anak lebih daripada lima orang, mereka layak menerima bantuan sebanyak RM400,” katanya.
Semasa mengisi borang permohonan, beliau berkata pemohon hendaklah menyertakan slip gaji dan bagi yang bekerja sendiri, mereka perlu mengisi borang akuan bersumpah dengan mengistiharkan pendapatan mereka kurang daripada RM1,500 sebulan.
Beliau berkata dengan syarat baru itu, kerajaan dianggar akan membelanjakan RM50 juta berbanding RM44 juta, sebelum ini. - Bernama