BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wan Ahmad Dahlan Dilantik Profesor Adjung FSPPP UiTM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
0a259b114874275a54073beb9d181d1f68bfc7833767e

Kredit: UiTM

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah.

UiTM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan berkuat kuasa 15 Ogos hingga 15 Ogos 2027 itu merupakan usaha strategik universiti berkenaan untuk memperkukuh kerjasama dengan agensi kerajaan utama, khususnya dalam bidang pentadbiran awam, dasar dan pembangunan kepimpinan.

"Surat pelantikan telah diserahkan secara rasmi oleh Naib Canselor UiTM Prof Datuk Ts Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin dalam satu kunjungan hormat ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya, petang semalam.

"Majlis turut dihadiri Pendaftar UiTM, Rektor UiTM Cawangan Kedah, Dekan FSPPP, Penolong Naib Canselor (Pejabat Komunikasi Strategik), serta Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Kedah," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Shahrin berkata pelantikan tersebut membuka ruang kerjasama lebih luas antara UiTM dan JPA, selain meyakini kepakaran serta pengalaman Wan Ahmad Dahlan.

"Kita yakin akan ada lebih banyak inisiatif kolaborasi seperti penyelidikan, konvensyen perkhidmatan awam, serta perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada mahasiswa UiTM dan warga perkhidmatan awam negara,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan turut menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan dan komited untuk menyumbang kepakaran strategik, seiring dengan aspirasi menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan tinggi serantau dan antarabangsa.

“Pelantikan ini bukan sekadar penghormatan, tetapi juga amanah untuk memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan sektor perkhidmatan awam demi pembangunan negara yang lebih gemilang dan berdaya saing,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register