BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syafinaz Selamat Dilantik Semula Profesor Adjung Tersohor UPSI

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,782
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,782
Reaction score
289
Points
146

Syafinaz Selamat Dilantik Semula Profesor Adjung Tersohor UPSI​

0c413ca0981c70fc72b582112235ed7f6a7d64b0b45de

Datuk Syafinaz Selamat
Kredit: UPSI


Pengalaman luas Datuk Syafinaz Selamat dalam bidang muzik dan seni persembahan terus mendapat pengiktirafan apabila beliau dilantik semula sebagai Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pelantikan bagi penggal kedua itu berkuat kuasa selama dua tahun mulai 1 Ogos lepas hingga 31 Julai 2028 manakala Syafinaz sebelum ini dilantik sebagai Profesor Adjung FMSP bagi tempoh 1 Julai 2025 hingga 30 Jun lepas.

Beliau berkata pelantikan itu membuktikan pengiktirafan universiti terhadap kepakaran dan pengalaman Syafinaz dalam bidang muzik dan seni persembahan, khususnya pembangunan bakat serta pendidikan muzik.

“Penglibatan tokoh industri seperti Syafinaz penting dalam memastikan pendidikan muzik mempunyai hubungan kukuh dengan perkembangan industri sebenar, sekali gus memberi pendedahan profesional lebih luas kepada pelajar.

“Pelantikan Syafinaz sebagai Profesor Adjung Tersohor FMSP merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam industri muzik yang boleh dimanfaatkan untuk memperkayakan ekosistem akademik universiti,” katanya dalam kenyataan.

Md Amin berkata kerjasama antara akademia dan industri merupakan elemen penting dalam usaha UPSI melahirkan graduan yang bukan sahaja menguasai ilmu akademik, tetapi juga memiliki kemahiran praktikal, kreativiti dan nilai profesional yang diperlukan dalam industri kreatif.

Sementara itu, Dekan FMSP Prof Madya Dr Muhammad Fazli Taib Saearani berkata Syafinaz memberikan sumbangan signifikan sepanjang tempoh pelantikan pertamanya menerusi pelbagai aktiviti akademik dan artistik yang melibatkan warga fakulti serta pelajar.

Beliau berkata antara penglibatan Syafinaz ialah sebagai penyelia bersama pelajar Doktor Falsafah (Persembahan Muzik), penceramah seminar The Fundamentals of Vocal Production serta pengendali Masterclass in Vocal Performance and Artistic Expression.

“Penglibatan beliau turut merangkumi pembangunan deVokalis Choir sebagai penasihat koir, Pengarah Artistik dan Penasihat Vokal Eksekutif menerusi program pembangunan profesional serta persembahan Harmonic Odyssey: A Decade of deVokalis Choir.

 
Back
Top
Log in Register