WahedInvest.com - Pelaburan Patuh Syariah

CG Sponsors




kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
KUALA LUMPUR: Wahed Invest, penyedia perkhidmatan pengurusan pelaburan patuh syariah digital pertama dunia melebarkan sayapnya ke rantau Asia Pasifik dengan menjadikan Malaysia sebagai hab serantau.

Ketua Asia Pasifik Wahed Inc, Syakir Hashim, berkata syarikat pelaburan patuh syariah berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu memilih Malaysia berdasarkan kewangan Islam yang kukuh serta rangka kerja yang jelas mengenai pelaburan digital.

“Kewangan Islam adalah satu daripada sektor yang berkembang pantas dunia dan Wahed telah membolehkan komuniti Muslim global untuk menyertai pasaran kewangan global dengan melaksanakan pelaburan boleh diakses dan mematuhi etika,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran platform pelaburan itu di sini, hari ini.

Menurutnya, Malaysia juga adalah satu daripada pasaran modal Islam paling maju dan memenuhi keperluan pelabur di Asia Tenggara di samping membantu mewujudkan peluang dalam sektor kewangan Islam.

“Dengan menyediakan kaedah pelaburan baharu dan pintar yang patuh syariah, pelabur kami akan mempunyai akses kepada pengurus pelaburan digital yang mempunyai fi lebih rendah dan akaun yang minimum,” katanya.

Pelaburan dalam platform Wahed bermula serendah RM100 tanpa tempoh berkunci.

Pilihan portfolio pelaburan semasa Wahed termasuk saham AS dan Malaysia, sukuk dan emas.

Menurut Syakir, platform Wahed juga adalah perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Islam pertama yang menerima lesen kawal atur daripada Suruhanjaya Sekuriti.

Ia terdapat di lebih 130 negara.

Platform berkenaan turut mempunyai lembaga pengarah untuk memastikan pelaburan 100 peratus patuh syariah serta badan kawal selia patuh syariah seperti Bursa Saham Sekuriti, Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan, Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi dan Bank Pusat Bahrain sebagai pilihan pelaburan.

“Di platform ini, kami juga akan mengeluarkan penyata zakat pada akhir tahun menerusi pendapatan yang diraih daripada pihak yang melabur,” katanya.

-BERNAMA



7 Langkah Mudah Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM20 Jika Anda Daftar Sekarang / masukkan referral-(kamdes1)


wahed.jpg


Baru-baru ini, kita amat bertuah kerana Wahed Invest Dilancarkan di Malaysia. Ianya menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada portfolio patuh Syariah yang pelbagai.

Bergantung kepada toleransi kita terhadap risiko dan portfolio yang bersesuaian, Wahed Invest akan melaburkan wang kita ke dalam pelbagai instrument seperti:

  • Saham di Amerika Syarikat
  • Saham di Malaysia
  • Sukuk
  • Emas
Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok cara-cara untuk melabur dengan modal serendah RM100 ke dalam Wahed Invest dengan 7 langkah mudah.

1. Muat Turun Aplikasi Telefon Pintar


wahed-invest-play-store.jpg


wahed3.png


Pertama sekali, kita perlu muat turun aplikasi Wahed Invest di Google Play Store atau Apple App Store.

2. Lancar Aplikasi Wahed Invest Dan Buka Akaun

wahed4.png


wahed5.png


wahed6.png


Seterusnya, kita buka akaun kita dengan memasukkan emel dan kata laluan. Sahkan emel dengan code verifikasi yang dihantar pada emel.

3. Jawab Soalan Untuk Kenalpasti Diri Kita Sebagai Seorang Pelabur

Wahed Invest akan mencadangkan portfolio yang bersesuaian berdasarkan kajiselidik, kita kena tetapkan samada ini adalah portfolio yang memang sesuai atau kita boleh pilih portfolio lain.


4. Buka Akaun Pelaburan Dengan Wahed Invest

Dah bersedia untuk buka akaun pelaburan anda dengan Wahed Invest? Masukkan nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal dan surat-menyurat, nombor telefon dan sebagainya.

Masukkan Referrel code (PENTING DAN JGN TAK ISI UTK LAYAK DAPAT BONUS RM20) masukkan referrel code - " kamdes1 "

WAHED7.png


masukkan referel cod - " kamdes1 "
Anda akan memperolehi RM40 sebagai tambahan modal pelaburan anda. ( RM40 akan dimasukkan dlm tempoh 14-30 hari bekerja ).


5. E-KYC (E-Know Your Customer) / Kenalpasti Pelanggan Anda Secara Elektronik

Biasa kalau kita nak buka akaun baru dengan mana-mana bank, mesti dia minta macam-macam dokumen sebagai bukti kita adalah diri kita yang sebenarnya. Kena bawa Kad Pengenalan atau Lesen Memandu, bil elektrik atau bil air atas nama kita atau sebarang dokumen pembuktian diri dan alamat tempat tinggal kita.

Begitu juga halnya dengan Wahed Invest, cuma kali ini semua dokumen dihantar dan diproses secara online. Jangan risau pasal keselamatan, kerana mereka menggunakan tahap keselamatan dan penyulitan (encryption) seperti yang bank gunakan. (dicadangkan guna lesen memandu)


6. Masukkan Modal Pelaburan (FPX/wire tranfer)

Kita kena masukkan modal pelaburan minima RM100. Nak masukkan modal boleh gunakan perkhidmatan FPX untuk transfer duit ke dalam akaun pelaburan kita. Senang macam nak checkout item di website e-commerce. Biasanya ia akan mengambil 1-2 hari bekerja untuk proses, dan Wahed Invest akan memaklumkan kita bahawa deposit tersebut telah diterima dan pelaburan kita telah pun bermula.

( MASUKKAN DARI AKAUN BANK PENAMA SHJ, JGN MASUKKAN DARI AKAUN PENAMA LAIN ATAU AKAUN SYARIKAT )


7. Monitor Portfolio Dan Prestasi

wahed8.png



Kita boleh monitor prestasi semasa pelaburan kita, naik ke turun. Tapi jangan risau, kerana anggaplah Wahed Invest ini sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Akhir sekali, kita boleh dapat snapshot pegangan portfolio kita termasuklah dengan jumlah keuntungan dan fee yang Wahed kenakan terhadap jumlah yang dilaburkan. Kita juga boleh track cash bonus (referral bonus) yang kita dapat bila kita refer kepada setiap kawan-kawan yang buka akaun dan dah mula melabur (dengan sekurang-kurangnya RM-100)

Boleh wasap sy 011-57663599

 
Last edited:
Sponsored Post

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
UALA LUMPUR 29 Okt. : Wahed Invest, sebuah platform pelaburan digital Islam dan patuh syariah yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) buat julung kalinya dilancarkan di Malaysia. Pelancaran berkenaan sekali gus menyaksikan Malaysia sebagai hab pelaburan tersebut di rantau Asia Pasifik.

Beroperasi di lebih daripada 130 buah negara, Wahed Invest ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pelabur menerusi pelbagai pelaburan yang dapat diakses dengan serendah RM100 dan tiada tempoh terkunci.

Wahed Invest memberi akses kepada masyarakat Islam di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam pasaran kewangan global dengan pelaburan yang mudah diakses dan patuh etika.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wahed Inc, Junaid Wahedna, kewangan Islam adalah salah satu sektor yang paling pesat berkembang di dunia. “Wahed Invest memberi akses kepada masyarakat Islam di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam pasaran kewangan global dengan pelaburan yang mudah diakses dan patuh etika. Malaysia berada pada kedudukan yang unik bagi memenuhi keperluan pelabur di Asia Tenggara,” katanya ketika berucap pada pelancaran Wahed Invest di Hotel Four Season hari ini.

Turut hadir, Pengarah dan ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik Wahed Inc, Syakir Hashim; Pengarah Eksekutif Wahed Inc di Malaysia, Mohd Izzat Fadhli; dan Ketua Pegawai Produk Wahed Inc., Kareem Tabba. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Mohd Yuzaidi Mohd Yusoff.

Wahed Invest merupakan ‘robo advisor’ iaitu aplikasi atas talian yang menyediakan panduan dan perkhidmatan kewangan secara automatik. Pengguna yang telah mendaftar menerusi aplikasi Wahed Invest akan diberikan nasihat pelaburan berdasarkan enam portfolio berdasarkan latar belakang pengguna, kewangan individu, sikap terhadap risiko, matlamat pelaburan dan kriteria lain.

Setiap pelaburan akan disalurkan ke empat pelaburan saham iaitu pelaburan saham AS, saham Malaysia, sukuk (bon Islam) dan emas. Bagi memastikan semua pulangan adalah halal, Wahed Invest mempunyai Lembaga Penasihat Syariah sepenuh masa yang menjalankan proses saringan ketat serta turut menghasilkan laporan zakat tahunan.

Sementara itu, Syakir ketika ditemui para media memberitahu, Wahed Invest bukan hanya menyasarkan pelabur Islam, malah turut mengalu-alukan pelaburan daripada masyarakat bukan Islam. Dengan itu, platform pelaburan itu kini telah mempunyai 20 peratus pengguna dalam kalangan bukan Islam.

“Ramai pelabur bukan Islam mencari pelaburan beretika dan patuh syariah, di mana pulangannya yang lebih meyakinkan. Dalam pada itu, Wahed Invest akan melebarkan sayap hingga ke Indonesia pada tahun hadapan memandangkan negara itu mempunyai majoriti masyarakat Islam terbesar di dunia,” jelasnya.

Pelancaran pelaburan digital Islam yang pertama di Malaysia membuktikan bahawa negara ini bersikap terbuka untuk menerima teknologi kewangan (fintech). Pada sekitar tahun 1990-an, Malaysia mengetuai gelombang kewangan Islam di rantau Asia Tenggara. Menerusi pelancaran Wahed Invest di negara ini, Malaysia membuktikan bahawa negara ini buat kali kedua menggalas tugas untuk mengetuai kewangan digital Islam di rantau ini.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
terima kasih admin tlg pindah thread..

dah godek2 td tapi x pasti nak letak kat mana yg sesuai..:)
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2019 – Wahed Invest mengumumkan pelancaran platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia. Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada umumnya untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka.

Pertama kali dilancarkan pada 2017, Wahed Invest berpangkalan di AS, berkembang ke pasaran UK pada 2018 dan merancang untuk melancarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digitalnya merentas rantau Asia Tenggara dari pangkalan serantaunya di Malaysia. Beroperasi di lebih daripada 130 buah negara, Wahed ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pelabur yang bijak kewangan serta mereka yang mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai kewangan, menerusi pelbagai pelaburan yang dapat diakses.

Di tambah pula dengan pelaburan awal rendah sebanyak RM 100, bersama yuran yang rendah, dan tiada tempoh terkunci, Wahed berharap untuk mengatasi halangan yang terpadat pada pengurusan pelaburan dan portfolio kewangan yang lazimnya dikhaskan untuk pelabur bernilai tinggi.


“Kewangan Islam adalah salah satu sektor yang paling pesat berkembang di dunia, dan Wahed telah membolehkan masyarakat Muslim global untuk mengambil bahagian dalam pasaran kewangan global dengan membuat pelaburan yang mudah diakses dan juga patuh etika. Sebagai salah satu pasaran modal Islam yang paling maju, Malaysia berada pada kedudukan yang unik bagi memenuhi keperluan pelabur Asia Tenggara yang semakin canggih dan mempunyai keperluan yang mendesak, dan membantu mewujudkan peluang dalam kewangan Islam. Dengan menyediakan cara pelaburan yang baru dan bijak yang patuh syariah, pelabur kami mempunyai akses kepada pengurus pelaburan digital yang mempunyai yuran yang rendah, serta jumlah minima akaun yang lebih rendah,” kata Junaid Wahedna, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wahed Inc.

Walaupun Laporan Bank Dunia menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai salah satu tahap tertinggi dalam kemasukan kewangan di kalangan negara-negara Asia Tenggara, rakyat Malaysia masih tertinggal dalam hal celik kewangan dan pengetahuan kewangan. Satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini oleh Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak selesa dengan pengetahuan kewangan mereka, manakala separuh daripada penduduk (52%) mengatakan mereka menghadapi kesukaran menyimpan sehingga RM1,000 untuk waktu kecemasan. Lebih separuh rakyat Malaysia (53%) percaya bahawa pengurusan kekayaan adalah kunci untuk mencapai mobiliti sosial. Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia merasa pengetahuan kewangan mereka yang tidak mencukupi telah menghalang mereka dari pengurusan kekayaan yang cekap.



Ketika demostrasi platform Wahed pada majlis pelancaran, Syakir Hashim, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Wahed Inc berkongsi, “Di tengah-tengah hala tuju Malaysia ke arah kemakmuran bersama melalui ekonomi yang lebih inklusif yang berakar umbikan teknologi dan inovasi, kami di Wahed terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan akses yang lebih baik untuk masa depan kewangan yang selamat. Kami mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu pasaran utama kami dan negara yang berada di landasan untuk menjadi pemimpin dalam Ekonomi Digital Islam yang disokong oleh ekosistem yang berkembang pesat. Malaysia akan memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan kami di Asia Pasifik sebagai Hab Serantau untuk operasi kami. Setiap orang mempunyai matlamat dan aspirasi kewangan yang berbeza, tetapi untuk pelabur yang tidak berpengalaman atau pelabur kali pertama, kekurangan pendidikan serta peluang kewangan yang sesuai, ditambah pula dengan ketakutan dan kadang-kadang kesukaran untuk memahami istilah kewangan sudah cukup untuk menghalang dan menegah mereka bagi melabur dan mengambil alih kesejahteraan kewangan mereka.”


“Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa satu daripada setiap lima rakyat Malaysia tidak berjaya menyimpan wang dalam tempoh enam bulan Melalui Wahed, kami menggalakkan pelabur-pelabur kami untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka dengan menyediakan alat pelaburan yang lebih bijak selaras dengan kepercayaan mereka. Kami berhasrat untuk memastikan semua umat Islam mempunyai akses kepada portfolio pelaburan patuh Syariah yang cekap, tanpa mengira status ekonomi atau lokasi geografi mereka,” kata Syakir Hashim.


Pilihan peruntukan portfolio semasa Wahed terdiri daripada pelaburan saham ke AS, saham Malaysia, sukuk (bon Islam) dan emas. Untuk memastikan semua pulangan adalah halal, Wahed mempunyai Lembaga Penasihat Syariah sepenuh masa, yang menjalankan proses saringan yang ketat dan menghasilkan laporan penyucian tahunan (Zakat). Hasilnya, pelabur Islam dan bukan Islam kini mampu melabur tanpa rasa bimbang ke dalam portfolio secara beretika.


Anak-anak syarikat Wahed Inc dikawal selia oleh beberapa badan yang paling dihormati di dunia termasuk Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) di Amerika Syarikat, Pihak Berkuasa Pelakuan Kewangan (FCA) di UK, Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi (CMA) dan Bank Negara Bahrain (CBB).

Setelah mendaftar, pengguna boleh membuka akaun pelaburan dengan selamat dalam masa beberapa minit. Wahed secara automatik akan mencadangkan portfolio untuk setiap pengguna berdasarkan bagaimana mereka menjawab soalan-soalan mengenai diri mereka sendiri; dengan mengambil kira keadaan kewangan individu, sikap terhadap risiko, matlamat pelaburan dan kriteria lain. Model portfolio dikawal selia oleh pengurusan dana profesional Wahed. Pengguna boleh mula melabur dengan serendah RM100 dan hanya membayar sebahagian kecil daripada yuran pengurusan tradisional. Wahed memastikan bahawa pelabur sentiasa mempunyai portfolio pelbagai, tanpa mengira saiz akaun mereka, justeru itu membolehkan pelaburan yang efisien untuk pelabur dari semua lapisan masyarakat.

Wahed Invest Menerima Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam

Wahed Invest telah berjaya mendapatkan lesen kawal selia daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digital pertama di Malaysia. Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam yang diberikan oleh SC akan membolehkan rakyat Malaysia untuk melabur tanpa rasa bimbang dalam portfolio patuh syariah dan beretika.

Mengenai Wahed Invest

Wahed Invest (“Wahed”) menawarkan perkhidmatan pelaburan automatik yang direka untuk pelaburan Syariah dan beretika. Di Malaysia, anak syarikat Wahed Inc; Wahed Technologies Sdn Bhd adalah entiti berlesen yang beroperasi sebagai Pengurus Pelaburan Islam Digital. Platform ini akan membolehkan pelabur dari semua peringkat pendapatan untuk melabur simpanan mereka secara beretika dan cekap.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
portfolio pelaburan wahed..

1. Sukuk
2. US stocks
3. Malaysian Stocks
4. Gold
5. Cash
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
We've made investing easy for you

No lock-in period
You can place a withdrawal or deposit request at any time.

Lower Fees
Our proprietary technology helps us reduce fees to a fraction of the industry’s average.

rm100 Account Minimum
We don't want to leave a single ethical investor without access to a diversified portfolio.

Digital Experience
Open an account in minutes, and monitor your performance at any time across all devices.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
WAHED Inc, syarikat teknologi kewangan Islam pertama (fintech) di dunia, telah menyediakan akses kepada pelaburan Islamik ke lebih 130 negara, termasuk pasaran utama seperti India, Pakistan, Nigeria, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Mengenai platform aplikasi dalam talian tunggal, pelabur boleh menguruskan dana mereka dalam portfolio yang berbeza yang dikaji semula setiap tiga bulan, dipermudahkan oleh proses algoritma dan memerlukan penyeliaan minimum manusia.

Dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2017 dan diperluaskan ke UK setahun kemudian, app "Wahed Invest" menyediakan pilihan portfolio yang pelbagai kepada pengguna seperti dana AS, sukuk dan dana dagangan bursa (ETF).

Platform ini kini mempunyai sekurang-kurangnya 20,000 akaun di seluruh dunia, dan kini telah tiba di Malaysia - sebuah negara yang mempunyai 19.5 juta orang Islam atau 8.2% daripada jumlah 242 juta penduduk di Asia Tenggara.

Wahed Invest mempunyai 4 orang ahli panel penasihat syariah. Antaranya, ialah Dr. Aznan Hasan, Ahli lembaga shariah AAOIFI, ahli panel penasihat shariah KWSP, dan Maybank Islamik.

Penasihat robo (robo-advisors) adalah kategori penasihat kewangan yang menyediakan nasihat kewangan atau pengurusan pelaburan secara online dengan intervensi manusia yang minima. Mereka memberikan khidmat nasihat kewangan digital berdasarkan peraturan atau algoritma matematik.

Pendek kata, melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu-ragu kerana telah disahkan patuh syariah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
jom pelbagaikan pelaburan kewangan..

boleh juga cuba dgn wahed..modal minima pelaburan rm100 shj
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
How is Wahed different from other robo-advisors?

Wahed is Shari'ah compliant. Our firm, and all the securities we trade are monitored by our Ethical Review Board, Straightway Ethical LLC. All securities chosen by Wahed undergo a rigorous screening process in which our management team and ethical scholars work together to tailor portfolios with the goal of providing attractive investment returns.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,584
Reaction score
814
Points
171
What is the minimum investment required to become a client of Wahed Invest?

A minimum investment of RM100 is required to open an account with Wahed Invest.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register