ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MELIHAT aliran fesyen berjubah yang semakin meningkat naik, ramai kalangan kita mengejar untuk menghasilkan fesyen tersendiri begitu juga kalangan pereka bukan Islam.
Bagi pengasas Butik Ej Fashion Zoon (Ej Style), Jack Choo Khen Jek, 32, walaupun berbeza agama, kesedaran untuk memberi produk terbaik khususnya kepada golongan muslimah adalah sesuatu yang menjadi agenda utama kepada jenama ini.
Diuruskan bersama adiknya yang juga merangkap pereka bagi jenama ini, Kevin Choo Khen Wei, berkata Ej menawarkan koleksi masa kini jubah dengan potongan lurus, A cut, princess dan lain-lain.
"Kami faham akan kemampuan wanita masa kini yang sememangnya suka berfesyen, dalam masa yang sama terhad untuk memilih kerana faktor harga, jadi kami tawarkan jubah serendah RM99 ke atas, mengikut hiasan dan perincian,"terang Kevin.
Menurut Kevin juga, Ej juga menggunakan material terkini seperti italian silk, glitter creep, yang sememangnya sesuai dengan cuaca dan keselesaan pelanggan di Malaysia.
"Dari segi potongan, terdapat pelbagai jenis, perbezaan harga ditentukan mengikut jenis kain dan hiasan. Untuk rekaan biasa kami sediakan hiasan seperti renda, kemudian untuk eksklusif, hiasan tertumpu kepada manik,"katanya.
Kombinasi cantum warna juga disediakan bagi menaikkan lagi seri pemakai. Renda berlainan ditampal pada lengan bagi mencipta kelainan pada pemakai, sekali gus menyerlahkan penampilan.
"Menarik juga, terdapat ramai kalangan pelanggan bersaiz besar menyambut baik rekaan kami. Saiz ditawarkan untuk mereka yang bersaiz kecil dan muat hingga bersaiz XXL,"katanya.
Ej Style juga menekankan aspek rekaan yang ringkas dan mesra ibu dan anak serta memudahkan wanita muslim menunaikan solat.
Pemilihan warna juga dari sumber tona yang terkini dan mudah dipadankan. Suntikan warna-warna masa kini terus menjadikan Ej jenama semakin disegani walaupun baharu sahaja beroperasi sepenuhnya sejak 2010 lalu.
Kombinasi dua beradik ini juga turut memberi lebih pilihan terutama kepada muslimah keran rekaan yang loose cutting, tidak jarang dan semestinya terkini sebagaimana yang diidamkan para wanita.