kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 7,530
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 7,530
- Reaction score
- 90
- Points
- 80
Nakba moden di bumi Palestin
Beberapa agensi PBB mendokumentasikan pengusiran paksa secara sistematik di wilayah Palestin.
KETIKA dunia memberi tumpuan kepada perkembangan Perang Iran, bumi Palestin pula menyaksikan gelombang perpindahan besar-besaran di Genting Gaza dan Tebing Barat.
Episod duka itu berlaku bertepatan ulang tahun ke-78 Hari Nakba (malapetaka) ketika komuniti antarabangsa semakin mengabaikan krisis kemanusiaan yang menimpa penduduk Palestin.
Beberapa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terus mendokumentasikan pengusiran paksa secara sistematik, perobohan rumah penduduk Palestin dan peluasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat serta Baitulmaqdis Timur.
Lebih 85 peratus penduduk Gaza telah dipindahkan dengan sebahagian besar daripada mereka ke sana sini tanpa hala tuju lebih lima kali sejak perang meletus pada Oktober 2023.
Menurut dokumentasi PBB, lebih 40,000 penduduk Palestin dipindahkan dari kem-kem di utara Tebing Barat termasuk puluhan ribu dari kawasan Tulkarm, Nur Shams dan Jenin serta kawasan sekitarnya di bawah gelombang Nakba abad ke-21.
Laporan itu turut menyoroti perpindahan di komuniti lain termasuk Ras Ein al-Auja di Jericho yang mana kebanyakan keluarga terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing akibat serangan, ugutan dan gangguan berterusan terhadap bekalan asas seperti air serta elektrik.
Sementara itu, laporan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mendedahkan kerajaan 'ekstremis' Israel sengaja mempercepatkan projek peluasan penempatan haram dan pengilhakan sebahagian besar Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, sekali gus memaksa lebih 36,000 penduduk Palestin berpindah dari tanah kepunyaan mereka.
Laporan yang meliputi tempoh 12 bulan sehingga 31 Oktober 2025 itu merekodkan sebanyak 1,732 insiden keganasan didalangi puak pelampau Yahudi yang menyebabkan kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda. Ia merangkumi intimidasi dan pemusnahan rumah serta tanah pertanian.
Pihak berkuasa Israel didakwa memainkan peranan utama terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan sedemikian. Budaya bebas daripada hukuman telah membuka ruang kepada golongan ekstremis Yahudi untuk terus melakukan keganasan dan gangguan terhadap penduduk Palestin tanpa rasa takut akan tindakan undang-undang.
Serangan harian oleh puak pelampau bersenjata dan 'tentera ekstremis' selain penyitaan serta penutupan tanah milik Palestin menjadikan tahun 2025 antara detik paling gelap dalam sejarah.
Dalam sesetengah situasi, keganasan berasaskan jantina menjadi faktor terakhir yang memaksa penduduk Palestin berpindah hingga menyebabkan ahli keluarga terpisah.
Pengusiran berterusan di Tebing Barat dan Gaza memberi gambaran jelas wujudnya kempen pembersihan etnik secara sistematik.
Ribuan komuniti Badwi di timur laut Baitulmaqdis juga bakal menerima nasib serupa akibat rancangan peluasan penempatan haram Yahudi yang secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa. Pemindahan paksa penduduk yang dilindungi dianggap sebagai jenayah perang di bawah Konvensyen Geneva Keempat dan berpotensi menjadi jenayah kemanusiaan.
Setakat ini, Tel Aviv telah meluluskan atau memajukan pembinaan 36,973 unit rumah di penempatan sekitar Baitulmaqdis Timur dan kira-kira 27,200 unit lagi di seluruh Tebing Barat. Sebanyak 84 pos penempatan haram baharu turut diwujudkan.
Rampasan tanah Palestin dan dasar diskriminasi yang berterusan telah mengukuhkan cengkaman rejim penindasan sistematik yang semakin agresif mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk larangan terhadap amalan aparteid dan pengasingan kaum.
Nakba moden di bumi Palestin
KETIKA dunia memberi tumpuan kepada perkembangan Perang Iran, bumi Palestin pula menyaksikan gelombang perpindahan besar-besaran di Genting Gaza dan Tebing...
