BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Vaksin Covid-19 bukan penyebab kanser

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Vaksin Covid-19 bukan penyebab kanser

IZWAN ROZLIN
Peningkatan kes kanser yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia ketika ini bukan disebabkan oleh vaksin Covid-19. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Peningkatan kes kanser yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia ketika ini bukan disebabkan oleh vaksin Covid-19, sebaliknya ia berpunca daripada faktor lain termasuk gaya hidup tidak sihat dan kelewatan dalam menjalani pemeriksaan kesihatan semasa pandemik.

Pakar Perunding Kanan Onkologi & Radioterapi, Pusat Kanser & Radiosurgeri Hospital Pakar KPJ Damansara/ KPJ Healthcare University (KPJU), Profesor Madya Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin berkata, terdapat banyak salah faham mengenai punca peningkatan kanser, khususnya dalam kalangan masyarakat yang mengaitkannya dengan vaksin Covid-19.

"Covid-19 dan vaksin bukan penyebab peningkatan kes kanser. Ini kerana trend peningkatan kanser bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia, termasuk dalam kalangan golongan muda,” katanya.

"Ketika PKP, ramai takut keluar rumah dan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Selain itu, gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, pengambilan makanan tidak seimbang, obesiti, merokok dan penggunaan vape turut menjadi faktor risiko yang menyumbang kepada peningkatan kes kanser,” katanya.

Tambahnya, selepas pandemik berakhir, peningkatan kes kanser mula dikesan kerana lebih ramai individu kembali menjalani pemeriksaan kesihatan dan saringan.

Dr Aminudin turut merujuk kepada laporan terkini dalam jurnal perubatan antarabangsa The Lancet, yang mendapati pencemaran udara merupakan antara faktor utama peningkatan kes kanser, terutamanya kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok.

"Di China dan negara-negara Asia Timur, pencemaran udara dikenal pasti sebagai punca kanser paru-paru yang meningkat, terutama dalam kalangan wanita dan individu yang mempunyai paru-paru lebih sensitif,” katanya.

Menurutnya, kadar kematian akibat kanser di Malaysia turut meningkat kerana kebanyakan pesakit hanya mendapatkan rawatan ketika penyakit berada pada tahap serius.

Beliau menekankan kepentingan ujian saringan bagi mengesan kanser pada peringkat awal, sekali gus meningkatkan peluang rawatan berkesan.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar turut menegaskan bahawa setakat ini tiada bukti saintifik yang sahih menunjukkan vaksin Covid-19 menyebabkan kanser.

Menurutnya, dakwaan bahawa vaksin Covid-19 menjadi penyebab kanser tidak mempunyai asas kukuh dan belum terbukti secara klinikal.

"Sehingga kini, belum ada bukti sahih menunjukkan vaksin Covid-19 sebagai punca kanser. Faktor risiko utama masih berkaitan dengan gaya hidup dan persekitaran,” katanya.

Tegasnya, masyarakat perlu berpegang kepada fakta perubatan yang berasaskan bukti dan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan.

"Apa yang lebih penting ialah lakukan saringan kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat,” ujarnya.
 
Program vaksin influenza dapat sambutan luar biasa

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
18 Februari 2025 03:19pm
Masa membaca: 3 minit
Daniel Gooi memantau pemberian vaksin influenza di Klinik Kesihatan Jalan Macalister pada Selasa.
GEORGE TOWN - Sebanyak 24 klinik kesihatan melaksanakan program pemberian vaksin influenza percuma kepada warga emas di seluruh negeri ini.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, program imunisasi diperkenalkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat sambutan luar biasa apabila janji temu di beberapa klinik kesihatan didapati penuh sehingga akhir Mac.

Menurutnya, semua janji temu vaksin influenza secara percuma bermula Selasa dibuat menerusi aplikasi MySejahtera.

"24 klinik kesihatan melaksanakan program ini yang mana membabitkan tujuh daerah Timur Laut, tiga di Barat Daya, masing-masing enam di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah dan dua di Seberang Perai Selatan.

"Sehingga kini, ada beberapa klinik sudah penuh (janji temu) sehingga 28 Mac nanti.

"Oleh itu, orang ramai berusia lebih 60 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik dinasihatkan membuat janji temu secara dalam talian untuk mendapatkan vaksin influenza di klinik berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Klinik Kesihatan Jalan Macalister di sini pada Selasa.

Tambahnya, sebanyak 4,000 dos vaksin influenza disediakan untuk fasa pertama program berkenaan di Pulau Pinang.

"Untuk kes influenza, daripada pemerhatian dan pemantauan dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, ia tidak merisaukan. Orang ramai tidak perlu risau.

"Kita tidak ada pangkalan data kukuh mengenai jumlah kes kerana influenza adalah penyakit berjangkit yang tidak perlu berdaftar. Ia tidak seperti Covid-19 dan sebagainya," katanya.

Menurut Daniel, walaupun kes influenza di negara ini masih terkawal berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), vaksinasi tetap penting bagi melindungi golongan berisiko tinggi antaranya pesakit diabetes, jantung, hipertensi, obesiti (BMI melebihi 30) dan buah pinggang kronik.

"Program ini bukannya wajib tetapi hanya inisiatif sukarela bagi memastikan kesihatan warga emas lebih terjaga.

"Untuk mendapatkan janji temu dan sebagainya, memang kami menggalakkan orang awam berkelayakan mendapatkan slot melalui aplikasi MySejahtera.

"Kami tidak menggalakkan 'walk-in' kerana bimbang dos vaksin tidak mencukupi selain mengelak kesesakan di klinik kesihatan," jelasnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memantau program imunisasi tersebut bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Sementara itu, salah seorang penerima vaksin terawal, Lim Kim San, 65, mendakwa sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera secara sukarela untuk mendapatkan vaksin percuma.

Bekas guru itu berkata, dia bertanggungjawab melindungi keluarganya berikutan seorang yang aktif serta sering bertemu dengan orang ramai.

"Saya mendaftar secara sukarela, tanpa disuruh oleh sesiapa. Selain untuk diri sendiri, saya juga bertanggungjawab untuk melindungi keluarga. Tambahan pula saya ada dua cucu berusia tiga dan enam tahun.

"Proses pendaftaran di MySejahtera juga sangat mudah, saya daftar 14 Februari lalu dan dapat slot untuk terima vaksin pada hari ini," katanya.
 
X hingin langsung
 
Back
Top
Log in Register