BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanser Kolorektal

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
411173-411173.jpg


TAHUKAH ANDA?

Antara gejala kanser kolorektal ialah “altered bowel habit” atau perubahan corak membuang air besar.

Contohnya:

Tiba-tiba kerap sembelit.
Cirit-birit berpanjangan.
Sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
Kerap terasa mahu membuang air besar.
Rasa seperti najis masih belum habis keluar.
.

Kenapa ia boleh berlaku?

Apabila ketumbuhan membesar di dalam kolon atau rektum, ia boleh:

• Menyempitkan laluan najis
• Menyebabkan keradangan dan penghasilan lendir
• Menyebabkan halangan separa pada usus

Najis keras mungkin sukar melepasi kawasan yang sempit, tetapi najis cair masih boleh keluar. Sebab itu ada pesakit yang mengalami sembelit, kemudian disusuli cirit-birit.

Perubahan ini lebih ketara jika ketumbuhan berada di bahagian kiri kolon atau rektum kerana ruangnya lebih sempit.
.

Apa yang perlu anda lakukan?

Jangan terus menganggap semua perubahan najis adalah kanser. Ia juga boleh berlaku disebabkan pemakanan, ubat, jangkitan, buasir atau irritable bowel syndrome.
.

Namun, jumpa doktor jika perubahan tersebut:

• Berterusan selama beberapa minggu
• Disertai darah dalam najis
• Berlaku bersama sakit atau perut kembung berulang
• Menyebabkan rasa tidak puas selepas membuang air besar
• Disertai berat badan turun atau cepat letih
• Merupakan perubahan baru yang tidak pernah berlaku sebelum ini
.

Doktor mungkin mencadangkan pemeriksaan, ujian darah, ujian darah tersembunyi dalam najis atau kolonoskopi berdasarkan simptom dan faktor risiko anda.

Perubahan kecil pada rutin tandas mungkin kelihatan remeh.

Tetapi apabila perubahan itu berterusan, jangan hanya menukar diet atau mengambil ubat sembelit berulang kali tanpa mengetahui puncanya.

#KanserKolorektal #KesihatanUsus #PublicHealthMalaysia
 
Back
Top
Log in Register