BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Utamakan kualiti,

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

RADIN MALLEH​

TENOM 10 April - Kerajaan negeri mengingatkan para kontraktor bagi projek-projek berskala kecil di kawasan luar bandar supaya mengutamakan kualiti serta mengikut spesifikasi pembinaan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, amalan berjimat cermat oleh kerajaan tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh mereka untuk menyiapkan sesuatu projek itu dengan ala kadar sehingga menjejaskan kualiti projek.

“Kita (kerajaan negeri) ingin melihat projek-projek luar bandar itu berbaloi dilaksanakan mengikut jumlah peruntukan kewangan yang dibelanjakan.

"Oleh yang demikian, kontraktor-kontraktor harus melaksanakan kerja mereka dengan beretika, berhemat dan prihatin dengan keperluan rakyat di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek-projek kecil di 19 buah kampung di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap selain projek pembinaan parit di Kampung Napingging, Pulong dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap, Simon Mamat dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri, Stanis Buandi.

Projek-projek yang ditinjau itu termasuk menaik taraf jalan-jalan kampung, pembinaan jambatan konkrit, membaiki jambatan kayu serta jambatan gantung dan membina parit dan saliran.

Kampung-kampung berkenaan ialah Kampung Makaniton, Napingging, Pulong, Luang, Pagonsangon, Langsat Mas, Kasiai, Tukalilan, Oloson, Mas Sumbiling, Ulu Sumbiling, Ulu Sumbiling, Mosolog Atas, Pangalat, Tepoh, Pamilaan, Ulu Pamilaan, Batu 15 dan Monggol.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, sesuatu projek kemudahan awam yang disiapkan dengan berkualiti itu sudah tentu akan memanjangkan tempoh hayat kemudahan tersebut sekali gus mengurangkan pembaziran wang kerajaan.

Tegas beliau, para kontraktor juga seharusnya memahami kehendak penduduk di luar bandar yang turut mengharapkan sesuatu projek pembangunan itu dibina secara lestari dan memberi manfaat berpanjangan.
 
peringatan yg bagus, semoga boleh dilaksanakan
 
Back
Top
Log in Register