BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Don Daniyal direhatkan daripada bersiaran di RTM

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Siapa ustaz selebriti kerap merepek dan baca hadith palsu dalam ceramah? Netizen bagi satu ‘hint’

Kecoh di media sosial apabila seorang ustaz selebriti yang dikenali ramai didakwa kerap merepek dan menggunakan hadith palsu dalam ceramahnya.

Ia didedahkan seorang pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Malaysia yang membuat teguran terbuka kepada pendakwah tersebut, sekaligus memberi peringatan agar orang ramai berhati-hati.

Pensyarah yang dikenali sebagai Abu Hafiz itu turut mendakwa teguran telah dibuat namun ustaz selebriti itu tetap tidak berubah.

“Media dan orang awam perlu sedar bahawa ustaz selebriti itu sangat kerap merepek dan membaca hadith palsu.

“Bukan sahaja riwayat cinta Nabi Muhammad. Bahkan berulang kali bawa cerita palsu mengenai telaga boleh bercakap dengan ahli neraka.

“Ditegur tetap tak berubah,” katanya.

Hasil pemerhatian di media sosial, ada yang mendedahkan ustaz terbabit pernah berhadapan isu penyebaran hadith palsu pada 2014.

Susulan pendedahan itu, ramai yang membangkitkan kekhuatiran, bimbang semakin banyak pendakwah yang tidak ahli dalam bidang tertentu tetapi aktif memberi ceramah.

Ia juga dikhuatiri akan memesongkan orang ramai yang percaya dengan hadith-hadith palsu.

Selain itu ada saranan agar lesen penceramah itu digantung buat sementara supaya orang ramai dapat mengetahui adakah benar dia memberi syarahan menggunakan hadith tidak sahih.
 
Ostad Dun @ Ostad DD ni...bkn sekali dua diapkai hadith palsu..
 
Kapten Hafiz Firdaus siap ada playlist lagi untuk Bro Dun...18 bideo...

Pemikiran2 mcm nielah akan merosakan..cuba lah berbincang tertutup nk tegur ka marah ka nasihat ka xdk hal...utk elak fitnah.....pemikiran dn pemahaman lain2 org xsama...pembawakan pun xpa tp semua ada 1 matlamat saja
 
asalkan pakai serban jubah berjanggut..cakap dusta pun di katakan benar...
 
Back
Top
Log in Register