ichirosic
Active Member
- Messages
- 1,726
- Joined
- Nov 20, 2009
- Messages
- 1,726
- Reaction score
- 319
- Points
- 41
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya. 516,720 likes · 23,775 talking about this. Laman Rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. https://linktr.ee/JabatanMuftWP
RSYAD AL-HADITH SIRI KE 597: STATUS HADIS RIWAYAT CINTA PERTAMA RASULULLAH SAW
Jawapan:
Kisah berkenaan Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ namun ditolak adalah benar namun hanya berlaku sekali sahaja iaitu pada tahun pembukaan kota Mekah, sewaktu beliau baru memeluk Islam, sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim. Adapun bagi dakwaan dua lamaran yang berlaku sebelum Islam adalah tidak diterima kerana sanad riwayatnya terlalu lemah dan tidak layak dijadikan sandaran. Seterusnya, menyatakan first love Nabi SAW iaitu Ummu Hani’ adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian yang mana tidak diketahui sumber asalnya untuk memastikan hal demikian adalah benar. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihati agar berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara yang berkait dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hal yang demikian supaya kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang mendustakan Baginda SAW.
Wallahu A‘lam.
Pautan artikel penuh:
https://muftiwp.gov.my/.../5925-irsyad-al-hadith-siri-ke...
