BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Cedera Di Tembak

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
01.07.2019 - Pattani, Seorang ustaz Sekolah Pondok Wattanatham Islam di Daerah Panare, Pattani, selatan Thailand mengalami kecederaan apabila ditembak ketika dalam perjalanan ke masjid untuk solat Isyak malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam (waktu tempatan), Yusuh Yala yang lebih dikenali sebagai Ustaz Salleh, 56, mengalami kecederaan akibat terkena tembakan di bahagian dada.

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Panare Kapt. Pol. Rengsak Chatsuksiridech berkata ketika kejadian mangsa yang baru keluar dari rumah ke masjid, yang terletak dalam kawasan sekolah pondok, untuk solat Isyak.

“Penduduk tempatan terkejut apabila terdengar beberapa das tembakan.

“Di tempat kejadian, polis menemui satu kelongsong peluru,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kini, Ustaz Salleh menerima rawatan di Hospital Pattani.

Sejak keganasan di selatan Thailand pada tahun 2004, tiga guru di sekolah pondok itu mati ditembak.

Screenshot-366.jpg


Screenshot-367.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/07/01/ustaz-cedera-ditembak/
 
Moga cepat sembuh dan si pelaku dapat ditangkap cepat
 
Kes ni viral sebab ustaz ni kebal

Tidak Kebal, Peluru Hanya Lalu Bawah Kulit - Ustaz Salleh

07.07.2019 - Pattani, “Saya tidak kebal dan tiada ilmu kebal.” Itu penjelasan mudir Sekolah Pondok Wattanatham Islam di Daerah Panare, di sini, Yusuh Yala, 56, selepas kisahnya terselamat daripada enam das tembakan pada Isnin lalu tular di laman sosial dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar di Malaysia.

Yusuh atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Salleh atau Baba Yusuf berkata, beliau bernasib baik kerana kesemua peluru tersebut menembusi lapisan bawah kulit didadanya sahaja.

“Beberapa peluru terkena pada bahagian kulit badan saya. Ada (peluru) yang masuk melalui bahu kanan dan tembus ke bahu kiri, ada yang tembus bawah ketiak.

“Tembakan itu mungkin dari arah depan tepi. Saya tak nampak sebab gelap. Saya tidak ada ilmu kebal. Allah tak mahu (ajal) sampai lagi. Ramai yang datang bertanya pada saya,

ada ilmu apa, saya hanya jawab Allah lindung saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Hospital Pattani di sini hari ini.

Sejak beberapa hari lalu tular di laman sosial mengenai kisah peluru tidak menembusi badan Yusuh dan hanya mengalami luka biarpun terkena enam das tembakan.

Yusuh berkata, semasa kejadian beliau baru keluar rumah untuk ke masjid di pondok berhampiran rumahnya.

“Ketika mula kena tembak, saya tak sedar. Saya dengar bunyi. Saya rasa panas di dada tetapi tidak sakit. Saya pegang dada tengok ada darah. Dalam hati saya kata, ‘aku kena tembak’.

“Saya terus lari. Selepas itu, saya dengar lebih banyak tembakan dan alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya,” katanya.

image.jpeg




Berita asal http://www.utusan.com.my/berita/wil...-hanya-lalu-bawah-kulit-ustaz-salleh-1.931922
 
hasbunallahi wa ni'mal wakeel.

illa rohmatamminnaa wamata'an ilaa hiinn. surah yasin ayat 44.

antara ayat yang selalu saya baca bila nak kemana2..selain doa naik kenderaan

atas rahmat Allah jua kita sampai kemana2 destinasi

syafakallah ustaz.
 
Last edited:
ada amalan dia tu..

kalau cite ..

ramai yg datang..

amalan pelindung senjata api macam tu kot..
 
Back
Top
Log in Register