BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usaha Perkasa Wanita Perlu Diperkukuh Secara Menyeluruh - Ahmad Zahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
405477e196e88dca05b51b6b3dafc1fa69d3cf36ee77a

f6d7b6d01304daf3f9a60a61509fb95c69d3cf2ea2708

fb Zahid Hamidi

Usaha memperkasa wanita perlu terus diperkukuh secara menyeluruh termasuk melalui akses kepada pembiayaan, latihan kemahiran platform digital dan peluang mengembangkan perniagaan bagi meningkatkan daya saing mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu penting berikutan golongan berkenaan turut berdepan cabaran dalam ketidaktentuan global yang menjejaskan kos sara hidup dan ekonomi domestik.

“Petang tadi, saya merasmikan Forum Voices of HER yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam satu ruang wacana bermakna bagi membincangkan peranan wanita memperkukuh ekonomi negara. Peranan wanita dalam membina keluarga, memperkasa komuniti dan memacu pertumbuhan ekonomi amat besar.

“Namun, penyertaan sahaja tidak mencukupi. Wanita perlu diberi ruang untuk memiliki peluang, aset serta keupayaan dalam membuat keputusan agar mereka benar-benar berdaya dan mampu memimpin,” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata menerusi kerjasama semua pihak dan pendekatan menyeluruh, ekosistem yang lebih inklusif, adil serta mampan dapat dibina bagi memastikan kaum hawa terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

“Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa demi masa depan negara yang lebih kukuh dan sejahtera,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register