BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usah sembarangan rebus jering

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
JERING_REBUS_1566915513.jpg

Ali (kanan) bersama Mohd Shahrir merebus jering digerainya di Kampung Belakang Bukit Besar, Kuala Terengganu. FOTO - Ahmad Rabiul Zulkifli

BUKAN semua orang pandai menyediakan jering rebus kerana jika tersilap rebus, ia boleh menjadi racun dan memudaratkan sistem saluran air kecil dan besar,” kata Ali Ismail, 60, penjual jering rebus di Kampung Belakang Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Ali berkata, dia sempat mempelajari cara merebus jering itu daripada sepupunya sebelum lelaki terbabit meninggal dunia lima tahun lalu.

“Nampak senang merebus jering, tetapi ramai tidak tahu ia menggunakan kaedah dan ramuan tersendiri sekali gus menyebabkan jering rebus ini sukar ditemui.

“Sebelum ini, saya pernah menjual jering mentah kepada pelanggan kerana dia mahu merebusnya sendiri, namun akhirnya dia dikejarkan ke hospital kerana kesukaran membuang air kecil dan besar.

“Sejak kejadian itu, saya tidak lagi menjual jering mentah untuk diproses sendiri melainkan untuk dijadikan ulam sahaja,” katanya yang mendapat bekalan jering daripada pekebun di Kuala Terengganu, Marang dan Kelantan.

Ali berkata, permintaan terhadap makanan tradisional itu sangat menggalakkan setiap kali tiba musim jering bermula Ogos hingga November.

Menurutnya, jering rebus sesuai dimakan dengan kelapa parut dan ia dijual dengan harga RM3 untuk 15 hingga 20 keping bergantung pada saiz.

“Tahun lalu, kami menjual lebih 100,000 keping jering rebus dan ia pernah dipasarkan hingga ke Singapura selain pelanggan tetap dari Kemaman dan Besut,” katanya.

Menurutnya, dia dibantu anaknya, Mohd Shahrir, 28, yang mengupas dan merebus jering yang biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam.

“Biasanya ia perlu direbus sekurang-kurangnya 24 jam tetapi ia semakin sedap jika direbus selama tiga hari,” katanya.

sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/490588/usah-sembarangan-rebus-jering
 
Tak pernah lagi makan jering rebus. Jering ulam selalu makan. Baca cerita macam sedap..apa rasanya ya?
 
Tak pernah lagi makan jering rebus. Jering ulam selalu makan. Baca cerita macam sedap..apa rasanya ya?

rasa tawar je. biasanya dicicah dengan isi kelapa yang di campur gula...
 
rasa tawar je. biasanya dicicah dengan isi kelapa yang di campur gula...

Ye ke. Terima kasih tuan. Jadi kelapa campur gula bagi sedap jadi manis la ye. Kalau sampai sana nanti boleh cuba.:D
 
lama tk makan jering rebus ni, cicah kelapa parut.
 
Betui tue, bahaya makan byk jering ni. org panggei 'kapit jering'.
X boleh sembarangan masak. Sesetengah orang ok kot makan.
Aku pernah try masak lemak Jering kat kedai masakan minang kat Paya Jaras, Sg Buloh.
Memang sedap diorg masak. Gigit rasa lembut gebu jek mcm makan ubi.
.
Petang tu lepas makan kemudiannya rasa sakit sgt mcm nak putus pinggang. Sakit belah kiri buah pinggang.
Aku baru teringat pernah baca article berkenaan 'Kapit Jering' ni.
Lepas tu aku minum air banyak. Lebih dari 3 liter sehari. 2, 3 hari juga nak hilang sakit pinggang.
Wife aku makan takde effect, maybe dia makan sikit saja kot dlm 2 , 3 ketul.
Aku yg makan seketul sebab nak rasa jek..maybe kuah skali kot, dia punya nutrisi dah terserap dlm kuah.
Tobat dah lepas tu memang aku x makan dah jering ni..huhuhuu..
.
Lagi 1, klu aku ambil supplement byk skit memang kena top up air banyak. Idak memang sakit pinggang.
Rasa macam nak putus pinggang ni..

Article berkenaan
Kapit Jering @ Jering Nephropathy
 
Bisanya org laki je yg kena...jering muda xde masalah nak makan cuma jering tua kena hati2...kena org yg pandai rebus...aku takut nak mkn yg rebus ni klu x kenal org yg rebus...biasanya klu tempat aku yg tua ni semai dlm tanah bila dah bercambah gali semula...pergh jering semai masak sambal tumis mmg sedap :)
 
Mmg pakar jering ni
 
Back
Top
Log in Register