BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Urusan Kerajaan Negeri Berjalan Seperti Biasa Meskipun DUN Dibubar - Ab Rauf

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141

Urusan Kerajaan Negeri Berjalan Seperti Biasa Meskipun DUN Dibubar - Ab Rauf​

720cc6a3a8f102c1ed7af07c413142236ab226327bde8

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberikan jaminan urusan Kerajaan Negeri Melaka terus berjalan seperti biasa meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubar berkuat kuasa esok.

Beliau berkata pentadbiran negeri, penyampaian perkhidmatan awam, urusan kebajikan rakyat, keselamatan serta perkhidmatan harian kerajaan akan terus berjalan seperti biasa.

"Selepas pembubaran ini, kerajaan negeri akan melaksanakan tanggungjawab dalam kapasiti sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehingga sebuah kerajaan negeri dibentuk selepas proses pilihan raya.

"Sepanjang tempoh tersebut, keutamaan kita adalah memastikan pentadbiran negeri kekal teratur, perkhidmatan kepada rakyat tidak terganggu dan kepentingan rakyat terus terpelihara," katanya.

Ab Rauf berkata demikian pada sidang akhbar ketika mengumumkan pembubaran DUN Melaka yang mula berkuat kuasa esok, di Auditorium Seri Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata semua jabatan, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan akan terus melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing dengan profesional berdasarkan undang-undang, peraturan dan tatakelola yang berkuat kuasa.

"Negeri ini akan terus ditadbir dengan baik dengan perkhidmatan kepada rakyat akan terus berjalan dan kepentingan rakyat akan terus menjadi keutamaan kita," katanya.

Ditanya adakah beliau akan mengekalkan calon-calon sedia ada daripada Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasama daripada parti lain untuk menyertai pentas demokrasi kali ini, Ab Rauf berkata ia akan diumumkan kemudian.

"Itu saya tak nak jawab sekaranglah, nantilah dulu. Itu tak bolehlah nak beritahu sebab kita akan ambil banyak faktor. Jadi tak bolehlah hari ini saya nak beritahu hari ini saya bubar, hari ini saya nak beritahu siapa calon ... tak bolehlah, tak adillah pada saya.

 
Back
Top
Log in Register