notepad
Legendary Member

- Messages
- 15,750
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,750
- Reaction score
- 2,180
- Points
- 266
MCA gesa DAP mohon maaf kerana pernah gelar mereka ‘anjing UMNO’
ByMohd Zaini Samsu Hadi
-
4 June 2023
Ti Lian Ker
KUALA LUMPUR – MCA menggesa DAP memohon maaf kerana pernah menggelar ahli parti itu sebagai ‘anjing UMNO’ dan pengkhianat ekoran menerima adat resam dan pakaian seragam berlandaskan tradisi Melayu.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, DAP telah pun memohon maaf kepada Gabungan Parti Sarawak, UMNO dan beberapa parti lain namun tidak kepada MCA dan MIC.
“Mengapa DAP tidak meminta maaf kepada MCA dan MIC yang menjadi sasaran serangan utama mereka kerana bekerjasama dengan UMNO demi mencari titik pertemuan masyarakat kita yang kepelbagaian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu, Lian Ker berasa bangga kerana veteran DAP, Lim Kit Siang akhirnya memakai songkok sebagai pakaian protokol dan istiadat seperti dilaporkan berita hari ini.
“Tahniah kepada Kit Siang. Saya rasa bangga akhirnya dia memakai songkok sebagai pakaian protokol dan istiadat.
“Saya masih ingat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang, Leong Ngah Ngah enggan memakai pakaian seragam ADUN semasa istiadat dan songkok atas alasan larangan parti DAP semasa Kit Siang jadi Setiausaha Agung DAP,” katanya.
Tambah beliau, semangat meminta maaf adalah cara terbaik ke arah penyatuan dan pengukuhan Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan ke arah pilihan raya negeri tidak lama lagi.
MCA gesa DAP mohon maaf kerana pernah gelar mereka 'anjing UMNO'
DAP telah pun memohon maaf kepada Gabungan Parti Sarawak, UMNO dan beberapa parti lain namun, tidak melakukannya kepada MCA dan MIC.
malaysiagazette.com