BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

44de2c152622050eaf4eb95a57ebaa1a66ade927f22c1

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun (Gambar fail)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya yang berperanan memantau aktiviti kempen setiap calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata setiap calon yang membayar deposit bahan kempen pilihan raya tertakluk kepada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

“Semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan selagi ia tidak mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati, permusuhan atau berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan termasuk isu 3R serta tidak melanggar peruntukan Akta 5 dan undang-undang lain yang berkaitan.

“Lambang, simbol dan bendera parti politik calon yang bertanding termasuk daripada parti politik komponen yang berdaftar mahupun tidak berdaftar secara rasmi, namun menyokong atau bersekutu dibenarkan untuk dipamerkan secara bersama atau berasingan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ramlan berkata tiada had ditetapkan terhadap gambar pemimpin atau parti politik diwakili termasuk parti politik gabungan yang dijadikan sebagai bahan kempen bagi pilihan raya berkenaan.

“Gambar pemimpin parti politik pada bahan kempen termasuk gambar pemimpin parti politik komponen yang berdaftar secara rasmi atau tidak rasmi, namun menyokong calon parti politik bertanding boleh digabung atau diletakkan secara berasingan tertakluk sepertimana ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya berharap aktiviti berkempen berjalan dalam suasana penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Terdahulu, pada proses penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning pagi tadi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, sementara PN meletakkan Pengerusi PN Tapah Abd Muhaimin Malek, 44, sebagai calon dan Timbalan Setiausaha Agung PSM Bawani KS mewakili parti itu.

 
a933598776dabad983bc8ee4646b4cdf67fa2da62106f

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media pada Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Luar di Rantau, hari ini.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Barisan Nasional (BN) mengingatkan jentera parti berkenaan supaya tidak memandang rendah keupayaan calon parti lawan bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jentera parti itu perlu bekerja keras bagi menyantuni seramai mungkin pengundi di DUN berkenaan.

“Kita tak boleh memandang rendah walaupun atas kertas mungkin BN menang, tetapi kita masih perlu bekerja keras dan menyusun gerak kerja jentera parti,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Luar dan Parlimen Rembau di Kampung Tanjung, Rantau di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad memohon maaf kerana tidak dapat bersama kepimpinan parti pada hari penamaan calon PRK Ayer Kuning hari ini susulan penganjuran rumah terbuka berkenaan.

PRK DUN itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan pengundian awal pada 22 April.

 
33115fad30bc4bbe9eb7b6c66259564a67fa5fd088a81

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kanan) dan calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir (dua, kiri) berbual mesra ketika hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Amanah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Tanjung Keramat hari ini.

Parti Amanah Negara (Amanah) yakin dapat membantu memenangkan lima Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dipertanggungjawabkan kepada parti itu dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kekal milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Lima PDM itu ialah Tanjung Keramat, Ayer Kuning, Sungai Kroh, Ayer Kuning Selatan serta Batu Tiga.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jentera parti itu diyakini mampu menepis dakyah pembangkang terutama berhubung dakwaan Islam terancam di negara ini.

“Pembangkang sudah ketirisan modal apabila membangkitkan isu Islam terancam, sedangkan hal itu sudah banyak kali dijawab kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Amanah di sini hari ini.

Turut hadir calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

 
51f036bf017b32694dbff4295629537667fa8b830bf40

7da0173dd0df5258b7977c78ebba6f7a67fa8b70c0d97

Datuk Fahmi Fadzil

Kementerian Komunikasi akan terus memantau penggunaan media sosial sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bagi memastikan ia tidak disalahgunakan untuk menyebarkan berita palsu, bahan berunsur fitnah serta kandungan berkaitan 3R (agama, kaum dan institusi diraja).

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menasihati semua pihak untuk berkempen secara bertanggungjawab dengan mengelak daripada memainkan isu sensitif.

“Saya nasihatkan untuk semua berkempen dengan baik dengan mengelak daripada menabur fitnah ataupun menggunakan elemen 3R dalam kempen terutama dalam media sosial kerana kita ada keupayaan untuk mengesan mereka yang menghantar mesej dan komen.

“Malah kita juga dengan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berkuat kuasa 11 Feb lepas, sekiranya seseorang itu didapati bersalah mengikut Seksyen 233 maka dia boleh didenda sehingga RM500,000, jumlahnya sangat besar. Jadi saya harap ini akan menjadi peringatan supaya kita mengelak daripada menabur fitnah sepanjang kempen dan pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di sini malam ini.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Mengulas mengenai calon BN, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata Mohamad Yusri mempunyai peluang cerah untuk meraih kemenangan sekali gus mempertahankan kerusi itu.

“Saya telah bertemu dengan calon beberapa hari yang lalu dalam lawatan ringkas ke Ayer Kuning dan saya lihat beliau seorang yang bukan hanya berpengalaman dan berpendidikan. Saya lihat peluang setakat ini cerah tapi perlu diusahakan dengan baik,” katanya.

 
aab9478b546ad56af6c5f5e47943eb9a67fb2488d0d64

Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir (kiri), bersama calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) K.S. Bawani dan calon Perikatan Nasional (PN) Abdul Muhaimin Malek (kanan) selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung di Dewan Merdeka di sini, semalam.

Usai proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, calon yang diumumkan bertanding tidak membuang masa untuk terus mendekati pengundi di kawasan itu.

Berdasarkan jadual pergerakan yang dikongsi kepada media calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, dan calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek, 44, mempunyai program padat bertemu jentera dan pengundi sebelum menutup kempen hari pertama kira-kira 11 malam, semalam.

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS, 40, turut mengadakan program tinjauan mesra dan berkempen secara maya dari 7 hingga 9 malam.

Penganalisis politik, Siti Noranizahhafizah Boyman berkata ketiga-tiga calon mempunyai kelebihan masing-masing namun BN dilihat sebagai pilihan untuk mengekalkan kubu kuat parti itu.

“Mereka mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang baik dan merupakan anak tempatan namun BN dilihat punya kelebihan untuk mengekalkan kerusi tersebut yang dikuasai selama sembilan penggal sejak 1986,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pensyarah Kanan dan Penyelaras Kluster Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata kerjasama jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) juga memberikan kekuatan kepada BN dalam memperoleh undi penyokong kedua-dua parti.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Allahyarham Ishsam Shahruddin yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,213 undi selepas memperoleh 9,088 undi, menewaskan calon PH Dr Mohd Nazri Hashim (6,875 undi), Muhammad Noor Farid Zainal (PN - 6,812 undi), Bawani (PSM - 586 undi) dan Maziah Salim (Pejuang - 105 undi).

Bagaimanapun, beliau berpandangan BN tidak boleh terlalu selesa dengan situasi tersebut dan perlu bijak dalam menjelaskan isu-isu tempatan serta nasional.

 
Back
Top
Log in Register