BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

cf5b041e88920e99c808483c6480203166ebf1ea17425

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata calon itu akan diumumkan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.

“BN juga kini sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ihya Ramadan di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enam nama termasuk calon muda disenarai pendek untuk mewakili parti itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.

 
65ddf60bebe7697ddc731ad73e25f0ac67d91c2062561

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (dua kiri) menyampaikan bakul makanan pada Program Santunan Kasih Kerajaan Negeri Perak bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di Dewan Serbaguna Ayer Kuning.

Turut bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga Kebajikan Masyarakat Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed (tiga kiri) dan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Che Murad Sayang Ramjan (kiri).


-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan kepada 300 ketua isi rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di sini membabitkan peruntukan keseluruhan RM150,000 sebulan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata penerima terdiri daripada golongan miskin, warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menerima bantuan wang tunai dengan jumlah berbeza mengikut kategori masing-masing.

“Ada warga emas menerima RM600, OKU seperti cacat penglihatan dapat RM500 sebulan, lain-lain kategori dan nilainya (bantuan wang tunai) berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Santunan Kasih Kerajaan Negeri bersama penerima bantuan JKM yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Salbiah Mohamed di sini hari ini.

Dalam pada itu, Salbiah berkata berdasarkan data penerima bantuan JKM sehingga Februari tahun ini, 52,057 orang menerima manfaat daripada semua skim bantuan bulanan JKM sama ada skim bantuan kerajaan Persekutuan atau negeri.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM45.94 juta pada tahun ini untuk pelbagai jenis bantuan yang dapat memberi manfaat kepada 6,000 penerima,” katanya.

Salbiah dalam ucapannya berkata antara usaha kerajaan negeri untuk menoktahkan kemiskinan tegar disumbang oleh sinergi yang digerakkan melalui Task Force Gerak Kerja Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Perak.

Beliau berkata gerak kerja itu dibentuk melalui penglibatan semua agensi pemberi bantuan bersama pentadbiran daerah seluruh Perak, serta pelaksanaan Inisiatif One Stop Centre Sejahtera Sosial yang menghimpunkan semua agensi berkaitan dengan pembasmian kemiskinan.

 
780bc93442b9f1fb7bc1770a0a6f96e567da9d7ce5e5c

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Pasukan Badan Beruniform di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan terdapat perbezaan peranan antara Pegawai Khas Menteri Besar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau berkata pegawai khas hanya menjalankan tugas diarahkan Menteri Besar sementara ADUN dapat berurusan terus dengan Menteri Besar berhubung keperluan rakyat di kawasan yang diwakili mereka.

"Bagi pegawai khas, saya minta mereka turun padang pergi melihat apabila ada permohonan daripada rakyat dalam kawasan pembangkang...mereka tidak boleh luluskan pun (sebarang permohonan)," katanya.

Saarani berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan juadah Hari Raya 2025 sumbangan kerajaan negeri Perak kepada pasukan beruniform di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Perak Muhammad Rif'aat Razman dalam hantaran di Facebook menyatakan rakyat di DUN Ayer Kuning tidak akan rugi memilih calon Perikatan Nasional (PN) sebagai wakil rakyat kerana Menteri Besar masih boleh melantik pegawai khas di DUN itu.

Sebelum ini, Saarani dilapor berkata pelantikan pegawai khas bertujuan menutup kelompongan apabila ketiadaan wakil kerajaan dalam mesyuarat tindakan daerah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

 
d2d70346d31bd17820e0c2ff53eab8a0673edee161774


DAP Perak telah menubuhkan Jawatankuasa Gerak Khas untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata parti itu akan bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal milik Kerajaan Perpaduan supaya kerajaan Perak kekal kukuh.

Nga berkata DAP akan melaksanakan strategi kempen secara menyeluruh di pelbagai kawasan untuk memastikan kemenangan calon kerajaan dalam PRK itu.

"DAP adalah sebuah parti yang berbilang kaum, kita akan menggerakkan jentera kempen ke kawasan-kawasan yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas program Sembang Kopi bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini hari ini.

Nga berkata pasukan kempen DAP Perak akan diketuai Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How serta Exco kerajaan negeri A. Sivanesan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.

 
9a395b098b025af7617109b358cfab1267deb111513f3

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bercakap pada media pada Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA.

Barisan Nasional (BN) menukar tarikh pengumuman calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning daripada 5 April kepada 7 April ini, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Rancangan Perumahan Tersusun Kampung Haji Tahir di Temoh.

"Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat kebangsaan dijangka diadakan pada 5 April di Melaka, jadi semua orang ke sana dan pada keesokannya kita turut mengambil kira orang ramai akan pulang ke kawasan masing-masing selepas seminggu berhari raya, jadi lebuh raya akan sesak.

“Oleh itu, kita akan mengadakan pengumuman pada 7 April bersempena dengan Sambutan Aidilfitri Parlimen Tapah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Saarani berkata BN tidak pernah meragui kesetiaan masyarakat Orang Asli terhadap gabungan berkenaan dan berharap golongan terbabit akan terus memberi sokongan penuh pada PRK itu supaya BN dapat meneruskan kesinambungan membantu rakyat.

Saarani berkata secara keseluruhan, DUN itu mempunyai sebanyak 2,156 pengundi Orang Asli dengan sebahagiannya berada di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bidor.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata BN tidak gentar menghadapi mana-mana calon termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau pertandingan lebih tiga penjuru pada PRK itu.

 
a8d74e4f553c67f52e2f90a2304f317667dfac3739cae

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi bercakap pada media di Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin di Pusat Transformasi Luar Bandar Perak RTC hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menyelesaikan rangkaian komunikasi bagi mengatasi masalah capaian Internet lemah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Mohd Azlan Helmi berkata perkara itu akan dilakukan kerana pihaknya menerima pelbagai aduan termasuk pemakluman daripada Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung masalah berkenaan, khususnya di sekitar kawasan kampung.

Beliau berkata MCMC akan turun ke lapangan minggu depan bagi melakukan kajian dan meneliti secara terperinci mengenal masalah tersebut.

“Memandangkan PRK (pilihan raya kecil) akan diadakan di Ayer Kuning, ia akan menarik kehadiran lebih ramai orang di kawasan tersebut.

“Secara tidak langsung ia akan menjadikan capaian internet di DUN Ayer Kuning sesak selepas liputan sedia ada mungkin tidak dapat menampung peningkatan jumlah pengguna yang mendadak,” katanya kepada pemberita selepas Program Meriah Beraya Sejahtera anjuran kerajaan negeri peringkat di pasar raya Mydin di Pusat Transformasi Luar Bandar Gopeng di sini hari ini.

Pada program hari ini, 200 orang dari kawasan DUN Tualang Sekah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM150 setiap seorang, bagi membeli barangan keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

 
Back
Top
Log in Register