BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet (Monkey Pox) Luar Negara

WHO berkata bekalan vaksin, yang dihasilkan oleh Bavarian Nordic, adalah sangat terhad.
#AWANInews #AWANIpagi
https://www.astroawani.com/.../kes-cacar-monyet-meningkat...


Kes cacar monyet meningkat 3 kali ganda di Eropah​



Julai 3, 2022 10:50 MYT
Kes cacar monyet meningkat 3 kali ganda di Eropah

Kes cacar monyet dilapor meningkat tiga kali ganda di Eropah dalam tempoh dua minggu lalu. -Gambar fail/WHO

GENEVA: Kes cacar monyet dilapor meningkat tiga kali ganda di Eropah dalam tempoh dua minggu lalu.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge menegaskan usaha perlu ditingkatkan bagi mencegah penyakit tersebut walaupun agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu lalu memutuskan wabak yang semakin memuncak itu belum diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global.





“Tindakan segera dan terkoordinasi adalah mustahak jika kita ingin meredakan peningkatan (kes), sekali gus menangani penularan penyakit ini," kata Dr Kluge seperti dilapor media antarabangsa.

Dr Kluge menambah jumlah jangkitan di Eropah mewakili kira-kira 90 peratus daripada jumlah global, di mana kes melibatkan 31 negara di rantau Eropah telah dikenal pasti.

Sementara itu, di Afrika, pihak berkuasa kesihatan menyifatkan wabak yang semakin berleluasa itu sebagai kecemasan.

Justeru, mereka menyeru negara kaya untuk berkongsi bekalan vaksin yang terhad bagi mengelakkan masalah ekuiti yang dilihat semasa pandemik COVID-19.

Vaksin utama yang digunakan terhadap cacar monyet pada asalnya dibangunkan untuk penyakit cacar.

Agensi Ubat Eropah sebelum ini memaklumkan pihaknya mula menilai sama ada ia perlu dibenarkan untuk kegunaan cacar monyet.
WHO berkata bekalan vaksin, yang dihasilkan oleh Bavarian Nordic, adalah sangat terhad.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 1,800 kes cacar monyet disyaki di Afrika, termasuk lebih 70 kematian direkodkan.
Bagaimanapun, hanya 109 kes yang disahkan oleh pihak makmal.

Manakala, lebih 5,000 kes cacar monyet dilaporkan melibatkan 51 negara di seluruh dunia.

 
Tiga perlima daripada pesakit cacar monyet adalah lelaki yang melakukan hubungan sejenis.
https://www.kosmo.com.my/.../hampir-semua-pesakit-cacar.../

1657334992458.png


Gambar menunjukkan pesakit cacar monyet. - iStock/Berkay Ataseven

Hampir semua pesakit cacar monyet lelaki – WHO​


  • 9 Julai 2022, 9:00 am



GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan laporan pertama mengenai penularan cacar monyet kelmarin termasuk perincian profil mereka yang terjejas akibat wabak berkenaan, lapor laman berita Wion News.






Dalam laporannya, WHO menyatakan bahawa hampir semua pesakit cacar monyet terdiri daripada lelaki, manakala umur median mereka ialah 37 tahun.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tersebut, tiga perlima daripada mereka yang dijangkiti virus cacar monyet dikenal pasti sebagai lelaki yang melakukan hubungan sejenis.

Lonjakan jangkitan cacar monyet di luar negara-negara Afrika Barat dan Afrika Tengah di mana virus itu adalah endemik, dilaporkan sejak awal Mei lalu.

Dari 1 Januari hingga 4 Julai lalu pula, sejumlah 6,027 kes cacar monyet dari 59 negara dan tiga kematian telah dilaporkan kepada WHO.
Sejak 27 Jun lepas, jumlah kes cacar monyet melonjak sebanyak 77 peratus. Sepanjang tempoh tersebut, dua kematian baharu telah direkodkan. Kedua-duanya berlaku di Republik Afrika Tengah.

WHO bagaimanapun berkata, 10 negara tidak melaporkan kes baharu cacar monyet selama lebih 21 hari iaitu tempoh inkubasi maksimum bagi penyakit tersebut.

Laporan sama menyebut bahawa kira-kira 82 peratus kes cacar monyet direkodkan di Benua Eropah, manakala 15 peratus di Benua Amerika.

Negara yang merekodkan lebih daripada 1,000 kes disahkan ialah Britain (1,351) diikuti oleh Sepanyol (1,256) dan Jerman (1,242), demikian menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dan WHO Eropah.



Di luar Eropah pula, laporan WHO menunjukkan terdapat 460 kes cacar monyet yang disahkan di Amerika Syarikat (AS) dan 300 lagi di Kanada.

Dalam laporannya, WHO memberitahu, statistik jangkitan cacar monyet berdasarkan jantina yang tersedia adalah melibatkan 4,406 kes di mana 99.5 peratus ialah lelaki.

Lelaki berumur 18 hingga 44 tahun didapati menyumbang 79 peratus kes cacar monyet.

Terdapat cuma enam kes yang diketahui dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun, manakala 25 kes lagi dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan. – Agensi
 
NEW-YORK_11zon-scaled.jpg
ORANG AWAM beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin cacar monyet di Bushwick, Brooklyn kelmarin. - AFP

Lelaki Gay beratur panjang dapatkan vaksin cacar monyet​


  • Oleh KOSMO!
  • 19 Julai 2022, 8:25 am



NEW YORK – Lelaki gay berumur 20 hingga 40 tahun berbaris panjang kelmarin untuk mendapatkan vaksin cacar monyet di New York yang menjadi lubuk wabak berkenaan di Amerika Syarikat (AS).

Situasi sebuah sekolah tinggi di Bushwick, Brooklyn yang diserbu orang ramai tidak ubah seperti pusat vaksinasi Covid-19.

Rata-rata penduduk yang hadir memberitahu agensi berita AFP bahawa mereka bernasib baik kerana berjaya mendapatkan temu janji berikutan kekurangan bekalan vaksin cacar monyet di New York.

Sebanyak 9,200 temu janji boleh ditempah oleh orang ramai menerusi laman web pentadbiran New York setakat pukul 6 petang Jumaat lalu.

Semua slot tersebut habis ditempah dalam masa tujuh minit sahaja.

“Ia sungguh mengecewakan terutamanya semasa Covid begitu banyak vaksin disediakan dan proses pelalian juga teratur,” kata penduduk tempatan, Aidan Baglivo, 23, kepada agensi berita AFP

Bandar raya yang didiami lebih 8 juta penduduk itu menyaksikan jangkitan cacar monyet melonjak minggu lalu dengan 461 kes direkodkan sejak wabak di AS bermula Mei lepas.

Angka itu meningkat daripada 223 kes pada Isnin lalu.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti cacar monyet yang berjangkit menerusi sentuhan fizikal. Bagaimanapun, vaksin Jynneos yang diberikan kepada penduduk New York itu terhad kepada lelaki homoseks. Ia berikutan golongan itu merangkumi kebanyakan pesakit cacar monyet ketika ini.

Ramai individu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bimbang bahawa komuniti mereka akan terus dikecam disebabkan virus cacar monyet.

Bandar raya New York telah memberikan atau menjadualkan sejumlah 21,500 dos vaksin cacar monyet setakat ini dan berharap proses vaksinasi dapat disegerakan dengan lebih 30,000 dos dijanjikan untuk seluruh negeri New York. – Agensi

 
#washington Ia turut mencatatkan tanda klinikal baharu seperti radang kulit pada alat kelamin.
https://www.hmetro.com.my/.../seks-punca-jangkitan-cacar...

Seks punca jangkitan cacar monyet​

AFP
TECOVIRIMAT, ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan cacar monyet. FOTO AFP


TECOVIRIMAT, ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan cacar monyet. FOTO AFP

Washington: Kajian mendapati 95 peratus penularan wabak cacar monyet disebabkan aktiviti seks, menurut satu kajian.
Ia turut mencatatkan tanda klinikal baharu seperti radang kulit pada alat kelamin.

Kajian itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England pada Khamis ketika pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum memutuskan untuk mengklasifikasikan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global.

Saintis dari Universiti Queen Mary di London mengetuai kajian ini selepas meneliti 528 kes jangkitan di 16 negara untuk tempoh 27 April hingga 24 Jun



"Adalah penting untuk diketahui cacar monyet bukan jangkitan seksual dalam erti kata tradisional, namun ia boleh dijangkiti menerusi sebarang jenis hubungan fizikal yang rapat.

"Bagaimanapun, kajian ini mencadangkan kebanyakan jangkitan boleh dikaitkan dengan aktiviti seks," kata pengarang kanan John Thornhill, dalam satu kenyataan.

Katanya, kajian ini juga meningkatkan pemahaman mereka bagaimana wabak ini boleh merebak selain boleh mengenal pasti kes baharu supaya pencegahan segera dapat diberikan.

Setakat ini, 98 peratus mereka yang dijangkiti terdiri daripada gay dan biseksual, selain 41 peratus adalah pesakit HIV dengan purata umur 38 tahun.

Disiarkan pada: Julai 22, 2022 @ 10:25am
 

BERNAMA

· 35m ·

[TERKINI]
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) isytihar #cacarmonyet sebagai darurat kesihatan global berikutan lonjakan kes.
Klasifikasi itu merupakan amaran tertinggi dikeluarkan WHO. Hanya dua darurat kesihatan diisytiharkan sebelum ini - wabak COVID-19 dan polio.
 
Bagaimanapun setakat ini wabak itu keadaan terkawal.

Lebih 400 kes cacar monyet dilaporkan di Itali
| | 24 Julai 2022

1658638338458.png


Lebih 400 kes cacar monyet telah direkodkan di Itali. - Gambar hiasan


ROM - Lebih 400 kes cacar monyet telah direkodkan di Itali, kata Ketua Pengarah bahagian Pencegahan Kementerian Kesihatan negara itu Gianni Rezza selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak penyakit itu sebagai kecemasan kesihatan awam.


Pada Sabtu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan bahawa wabak cacar monyet diisytihar kecemasan kesihatan global.

Rezza dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Itali telah mencatatkan 407 kes cacar monyet setakat ini, tetapi keadaan terkawal, lapor Sputnik.


Ghebreyesus berkata walaupun wabak cacar monyet diisytihar kecemasan kesihatan global, "buat masa ini kebanyakan kes tertumpu dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, terutamanya mereka yang mempunyai ramai pasangan seksual".

Pada masa yang sama, beliau menyeru semua negara untuk bekerjasama rapat dengan kumpulan yang terjejas, meningkatkan kempen kesedaran, dan memberi amaran terhadap diskriminasi dan stigma.

Menurut ketua pengarah WHO, lebih 16,000 kes cacar monyet telah direkodkan di 75 negara dan wilayah, dengan lima kematian setakat ini.

Kebanyakan pesakit pulih daripada jangkitan wabak itu selepas beberapa minggu tanpa rawatan.

Menurut WHO, cacar monyet lebih menjejaskan kanak-kanak kecil, wanita hamil, dan individu yang mengalami gangguan sistem imun.



Virus cacar monyet tidak mudah berjangkit dan biasanya akan merebak melalui kontak fizikal yang rapat, termasuk hubungan seksual dengan individu yang dijangkiti.

Ia boleh menjangkiti tubuh manusia melalui saluran pernafasan, mata, hidung dan mulut, dan melalui cecair badan.

Cacar monyet adalah penyakit zoonosis (yang merebak antara haiwan dan manusia). - Bernama




 

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

23m ·

1f926_200d_2640.png
1f926_200d_2640.png
1f926_200d_2640.png
1f926_200d_2640.png
1f926_200d_2640.png
1f926_200d_2640.png
1f926_200d_2640.png
1f926_200d_2640.png

𝗜𝗻 𝗠𝗮𝘆
1f447.png
1f447.png

FRANKFURT, May 30 (Reuters) - An unusual spread of monkeypox does not mean people should shun LGBTQ+ pride parades this summer, a World Health Organization expert said on Monday, adding that it was important to show support.

𝗬𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆:
The WHO said the outbreak was largely among men who have sex with men who had reported having sex recently with new or multiple partners. However, experts have stressed that anyone can get monkeypox as it is spread by close or intimate contact, with the UN having warned that some media portrayals of Africans and LGBTQ+ people “reinforce homophobic and racist stereotypes and exacerbate stigma”.

𝗔𝗹𝘀𝗼 𝗬𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆:
https://www.nbcnews.com/.../monkeypox-driven...

𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗵𝗲𝗮𝗹𝘁𝗵 𝗲𝘅𝗽𝗲𝗿𝘁𝘀 𝗮𝗹𝘀𝗼 𝘁𝗵𝗲𝗼𝗿𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿 𝗟𝗚𝗕𝗧𝗤 𝗣𝗿𝗶𝗱𝗲 𝗴𝗮𝘁𝗵𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝘀 𝗶𝗻 𝗝𝘂𝗻𝗲 𝗺𝗮𝘆 𝗵𝗮𝘃𝗲 𝗳𝗮𝗰𝗶𝗹𝗶𝘁𝗮𝘁𝗲𝗱 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻 𝗼𝗳 𝘁𝗵𝗲 𝘃𝗶𝗿𝘂𝘀. 𝗔𝗻𝗱 𝗴𝗶𝘃𝗲𝗻 𝘁𝗵𝗲 𝗶𝗻𝗳𝗲𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻’𝘀 𝗶𝗻𝗰𝘂𝗯𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗼𝗱 — 𝘁𝗵𝗲 𝗻𝗲𝘄 𝗽𝗮𝗽𝗲𝗿 𝗽𝘂𝘁𝘀 𝗶𝘁 𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻 𝗱𝗮𝘆𝘀, 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗮 𝗿𝗮𝗻𝗴𝗲 𝗼𝗳 𝘁𝗵𝗿𝗲𝗲 𝘁𝗼 𝟮𝟬 𝗱𝗮𝘆𝘀 — 𝘁𝗵𝗲 𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗶𝘀 𝗻𝗼𝘄 𝗽𝗼𝘀𝘀𝗶𝗯𝗹𝘆 𝘀𝗲𝗲𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗵𝗲 𝗿𝗲𝘀𝘂𝗹𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗼𝘄𝗻𝘀𝘁𝗿𝗲𝗮𝗺 𝗲𝗳𝗳𝗲𝗰𝘁𝘀 𝗼𝗳 𝘀𝗲𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗲𝗻𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿𝘀 𝗶𝗻 𝗹𝗮𝘁𝗲 𝗝𝘂𝗻𝗲 𝗮𝗻𝗱 𝗲𝗮𝗿𝗹𝘆 𝗝𝘂𝗹𝘆.


1658647929454.png

1658647947556.png

1658647978491.png

1658647988358.png
 
Back
Top
Log in Register