BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet (Monkey Pox) Luar Negara

Cam mana boleh tersebar kalangan gay?
Cara tersebar dgn korek bontot ke?
Confius lak aku...:unsure:

lesions, body fluids, respiratory droplets and contaminated materials such as bedding
tilam yg ada virus tu pun leh jadi punca jangkitan
cukup mudah nak tersebar
 
IMG_20220524_104916_487.jpg

• KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

• Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki.

👉 Dikongsikan cara penularan serta tanda-tanda jangkitan Monkeypox.

• Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.


Kementerian Kesihatan Malaysia
t.me/Covid_19Malaysia
#EndemikMalaysia
#ReopeningSafely
24 Mei 2022
 
IMG_20220524_110318_665.jpg

• KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

• Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki.

👉 Dikongsikan cara penularan serta tanda-tanda jangkitan Monkeypox.

• Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.

• KKM juga telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox yang boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di:

 
IMG_20220524_110445_351.jpg

📈 Wabak monkeypox yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses telah melanda beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Laporan awal mengatakan sebahagian kes yang mengalami jangkitan monkeypox ini mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan individu lain (pesakit monkeypox).

✅ Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian monkeypox untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang dikongsikan.

KKM juga akan terus memantau perkembangan situasi monkeypox ini melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan melakukan pemantauan kes disyaki monkeypox di Malaysia di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
 
Terdapat lebih daripada 1,000 dos vaksin yang diluluskan di Amerika Syarikat pada 2019 kini dalam simpanan pusat.
#AWANInews #AWANIpagi

Cacar monyet: Amerika Syarikat sedang dalam proses keluarkan dos vaksin​



Mei 24, 2022 06:46 MYT
Cacar monyet: Amerika Syarikat sedang dalam proses keluarkan dos vaksin

Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat sedang dalam proses mengeluarkan beberapa dos vaksin Jynneos untuk digunakan dalam kes cacar monyet - Foto fail/REUTERS

PIHAK berkuasa kesihatan Amerika Syarikat sedang dalam proses mengeluarkan beberapa dos vaksin Jynneos untuk digunakan bagi mengekang kes cacar monyet.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), terdapat lebih daripada 1,000 dos vaksin yang diluluskan di Amerika Syarikat pada 2019 kini dalam simpanan pusat.






CDC juga menjangkakan angka itu akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

Jynneos yang dibangunkan Bavarian Nordic A/S, diluluskan Amerika Syarikat untuk digunakan bagi melawan cacar dan cacar monyet dalam kalangan dewasa berisiko tinggi berusia 18 tahun ke atas.

Terdapat lebih daripada 100 juta dos vaksin cacar ACAM-2000 yang mempunyai kesan sampingan ketara.

ACAM-2000 sebelum ini dihasilkan oleh Sanofi yang kini dihasilkan oleh Emergent BioSolutions.
Ia akan diedarkan kepada individu yang pernah bersentuhan dengan pesakit cacar monyet, pekerja penjagaan kesihatan, kontak rapat dan mereka yang berisiko tinggi.

Ketika ini terdapat satu kes cacar monyet disahkan di Massachusetts dan empat kes masing-masing di New York, Florida dan Utah.

 
Katanya kebanyakan yang kena ialah GAY.
bukan gay je kena... salah fakta ni.. sebab yang kat UK tu diaorang buat perarakan lgbt.. sebab tu banyak yang gay kena.. sebab kumpul ramai ramai.. benda ni kena kat semua.. jadi jagalah kesihatan dan jangan sentuh bukan2..
 
bukan gay je kena... salah fakta ni.. sebab yang kat UK tu diaorang buat perarakan lgbt.. sebab tu banyak yang gay kena.. sebab kumpul ramai ramai.. benda ni kena kat semua.. jadi jagalah kesihatan dan jangan sentuh bukan2..
Berita tu tak pulak kata semuanya gay.
Berita tu tulis kebanyakan.
 
Berita tu tak pulak kata semuanya gay.
Berita tu tulis kebanyakan.
sebab kes dekat sana menigkat sebab ada perarakan lgbt tu.. kalau takde perarakan, kemungkinan tak banyak meningkat.. orang luar negara pun datang

Meriah dengan 80,000 pengunjung, pesta gay di Gran Canaria dikaitkan dengan penularan cacar monyet​

 
IMG_20220524_120909_993.jpg

KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di tiga (3) benua iaitu Benua Eropah (United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Belgium, Peranchis, Itali dan Jerman), Benua Amerika (Amerika Syarikat dan Kanada) dan Australia.

Tanda-tanda jangkitan monkeypox mirip cacar (smallpox) iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular.

Bagi pengembara yang baru tiba dan mengalami gejala jangkitan monkeypox, mereka dinasihatkan untuk mengikuti langkah yang dikongsikan agar:

✔️tindakan pengasingan dapat segera dilakukan;
✔️pengesanan dan kuarantin kontak dapat dilaksanakan bagi mengekang penularan jangkitan.

KKM juga telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox yang boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di

 
Back
Top
Log in Register