BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet Di Malaysia

Seramai 12 kru dan penumpang penerbangan yang berhubung rapat dengan pengembara yang dijangkiti itu kini telah dikuarantin di Thailand selama tujuh hari.
#AWANInews #AWANIpagi
https://www.astroawani.com/.../thailand-lapor-kes-pertama...

Thailand lapor kes pertama cacar monyet​

Astro Awani
Mei 31, 2022 09:50 MYT

Thailand lapor kes pertama cacar monyet

Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet yang menjangkiti seorang penumpang pesawat dari Eropah ketika transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok. -Gambar fail/Reuters

BANGKOK: Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet yang menjangkiti seorang penumpang pesawat dari Eropah ketika transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok.

Penumpang yang dalam perjalanan dari Eropah itu dilapor singgah kira-kira dua jam sebelum menyambung penerbangan ke Australia, menurut laporan Thai PBS World yang memetik kenyataan Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.








Seramai 12 kru dan penumpang penerbangan yang berhubung rapat dengan pengembara yang dijangkiti itu kini telah dikuarantin di Thailand selama tujuh hari.

Kenyataan itu menambah bahawa tiada seorang pun daripada mereka setakat ini menunjukkan sebarang gejala yang boleh dikaitkan dengan cacar monyet.

Menurut Ketua Biro Epidemiologi Dr Chakkarat Pittawawongon, mereka akan diasingkan selama 21 hari bagi memastikan keselamatan.

 
IMG_20220601_202137_050.jpg

Ciri baharu MySejahtera: Notifikasi Makluman Kesihatan Cacar Monyet

Pengembara luar negara yang baru tiba dari negara yang dilaporkan mempunyai kes Cacar Monyet, akan mendapat makluman kesihatan ini di aplikasi MySejahtera.

Sila rujuk infografik ini.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely


Sumber: MySejahtera
 
IMG_20220603_171930_547.jpg

Virus Monkeypox ditularkan kepada manusia melalui gigitan haiwan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan atau luka pada kulit / mukosa haiwan yang dijangkiti.

Ia juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair badan atau ruam makulopapular / vesikular pada orang yang dijangkiti atau melalui titisan pernafasan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
 
Back
Top
Log in Register