BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Untuk Kaki Pancing yang Aktif

Esok nk mancing malam kat bawah Jambatan Pulau Pinang. Minggu lepas angkat ikan merah 2kg puas hati
 


rezeki tak kenal kulit
 
6287467285803287153_121.jpg

6287467285803287154_121.jpg


'Rasanya lebih enak daripada ikan baung'

Jelebu: "Ikan kenerak amat sukar dipancing berikutan amat 'cerewet' soal makanan. Umpan seperti cacing atau dedak langsung tidak menarik minatnya," ujar kak pancing, Bahali Osman, 62, yang menetap di Kampung Sungai Buloh di sini.

Menurutnya, ikan jarang jumpa itu hanya berminat dengan umpan ulat lundi atau larva kumbang yang diperolehi di dalam tanah.

"Ikan Kenerak yang didakwa ada pertalian dengan spesies baung hanya boleh ditangkap dengan kaedah memancing, menjala atau tajur.

"Biasanya ikan kenerak adalah ikan bermusim dan mudah ditangkap antara bulan Oktober hingga Disember.

Ikan misai ini dipercayai datang dari Sungai Pahang sebelum berhijrah ke Ulu Sungai Triang untuk membiak.

"Baru-baru ini saya berjaya memancing ikan kenerak seberat lebih berat lima kilogram di sungai berkenaan," katanya.

Menurutnya, memancing ikan kenerak memerlukan tahap kesabaran yang tinggi malah tajur yang dipasang juga belum tentu akan dimakan ikan berkenaan.

"Kebiasaan pemancing akan menggunakan umpan ulat lundi yang boleh diperoleh dengan mudah di sepanjang sungai. Hanya ulat ini yang dipercayai dapat membuka selera ikan berkenaan," katanya.

Bahali berkata, biarpun dikategori sebagai ikan pemangsa, kenerak bukanlah spesies yang suka melawan sebaik memakan umpan.

"Sebaliknya ia menjadi agresif sebaik timbul di permukaan sungai. Justeru katanya, pemancing yang tidak mempunyai pengalaman 'bermain' dengan ikan ini akan pulang dengan kecewa.

"Pemancing perlu menggunakan peralatan memancing yang betul termasuk jenis tali dan mata kali sesuai," katanya.

Ujarnya pemancing juga perlu memahami kelemahan pada ikan berkenaan iaitu pada bahagian ekor sekaligus memudahkan pemancing untuk memegang ikan itu sebaik berjaya ditangkap.

Katanya, walaupun ikan kenerak dipancing ketika ini hanya bersaiz sederhana namun ia tetap mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat ikan sungai.

"Ia mampu dijual pada harga RM25 hingga RM35 sekilogram dan harganya semakin mahal jika berjaya ditangkap di luar musim," katanya.

Seorang lagi kaki pancing, Syamsul Bahrin Sabudin, 51, berkata, ikan kenerak yang mempunyai berat sekitar dua kilogram dan ke bawah memiliki nilai harga lebih mahal berikutan sedap dimasak asam pedas atau gulai kari.

Katanya, ikan berkenaan juga mendapat tempahan dan permintaan tinggi dalam kalangan penduduk tempatan yang mendakwa rasanya lebih enak berbanding ikan baung.

"Tidak hairanlah setiap kali pemancing berjaya menangkap ikan ini, ia akan habis dijual sekelip mata tanpa perlu menunggu lama.

"Ikan ini menjadi sumber rezeki utama saya yang bergiat sebagai nelayan darat sepenuh masa. Menangkap ikan dan jualan ikan menjadi sumber pendapatan utama saya menyara keluarga," katanya.

Menurutnya, ikan kenerak paling besar pernah ditangkap penduduk tempatan di Sungai Triang di sini, adalah seberat 11 kilogram.

Sementara itu generasi baharu, Muhammad Fahmi Sidek, 22 berkata, tidak banyak maklumat berhubung spesies ikan tempatan itu yang amat sukar ditemui.
 
ESOK JOM MANA MANA YANG DEKAT KITA GEGAR KOLAM PANCING D SEMARAK !! Batang Kali.

MEKONG, CHOPRAYA, PATING ! TUNGGU AKU MAI!!!!!!
 
Back
Top
Log in Register