BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sony ZV-E10 Untuk Vloger Dengan Lensa Boleh-Ganti

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Tahun lalau Sony ZV-1 dilancarkan sebagai kamera digital pertama yang dihasilkan untuk vlogger. Hari ini Sony ZV-E10 pula dilancarkan sekali lagi menyasarkan golongan penghasil kandungan video atas talian. Penambahbaikan pertama pada ZV-E10 terletak pada sistem lensa yang boleh ditukar oleh pengguna.

Kamera dilengkapi sensor 24.2MP APS-C yang menyokong kesemua lensa E-Mount Sony. Ia mampu merakam video pada resolusi maksimum 40K 30FPS dengan HDR atau 1080P 120 FPS. Terdapat sistem pemfokusan Eye-AF dan pelbagai mod video seperti mengaburkan latar belakang serta memfokuskan kepada produk. Sony ZV-1 sebenarnya adalah sebuah Sony a6100 dengan beberapa ciri tidak disertakan.

Sebuah skrin sesentuh diletakkan pada bahagian belakang yang boleh diputarkan ke hadapan untuk mod vlog. Kerana ia sebuah kamera video, butang rakaman video yang besar pula diletakkan pada bahagian atas dengan sempadan berwarna merah. Tiada EVF atau flash tetapi terdapat mikrofon besar pada bahagian atas. Terdapat tapak untuk flash sekiranya pengguna memerlukannya. Mikrofon dan fon kepala luaran boleh dipasang menerusi bicu 3.5mm. Kamera ini juga boleh digunakan untuk penstriman langsung dengan sambungan USB-C serta perisian khas.

Sony ZV-E10 ditawarkan pada harga $700 (~RM2962) sebuah untuk tubuh sahaja atau $800 (~RM3385)dengan lensa kit Sony 16-50mm f/3.5-5.6 OSS dalam warna hitam atau putih.
1627458955406.png


1627458963491.png
 
Back
Top
Log in Register