BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

United Sikhs Redah Banjir Bantu Rakyat Malaysia Terkandas Di Hat Yai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
cc5bda093cec6c1ac07ccbcc669a2bd269243a43a787e

0e2ddd886723dc136a2280c5ea7c096d69243a57e1a97

Kredit: UNITED SIKHS

Dalam situasi air mencecah hampir ke paras pinggang, pasukan sukarelawan UNITED SIKHS Malaysia bergegas memasuki Hat Yai untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas banjir akibat hujan lebat di wilayah selatan Thailand sejak Jumaat lepas.

Misi kemanusiaan itu digerakkan pada Sabtu sebaik menerima panggilan kecemasan daripada sebuah keluarga yang terperangkap di sebuah hotel di bandar berkenaan.

Presiden UNITED SIKHS Malaysia Sunil Shukvir Singh berkata pasukan mereka bertolak pada 7 malam Sabtu dari Kuala Lumpur dengan membawa bot penyelamat dan bot berkuasa motor serta peralatan bantuan lain yang dimuatkan dalam dua lori sebelum bergerak ke sempadan.

“Kami menerima SOS daripada satu keluarga yang terperangkap di Hat Yai. Air ketika itu sangat tinggi tetapi kami mampu meredahnya dengan bot penyelamat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sunil berkata sebaik tiba awal pagi semalam, keadaan nyata lebih buruk apabila mereka dibanjiri lebih 500 permintaan bantuan daripada pelancong Malaysia yang terkandas di beberapa hotel sekitar Hat Yai.

“Satu hotel sahaja ada 400 orang, beberapa hotel lain juga ada puluhan yang menunggu diselamatkan. Kami menghantar mereka ke kawasan lebih tinggi untuk elakkan risiko banjir,” katanya.

Menurutnya operasi mereka berjalan hampir tanpa henti dari pagi hingga 9 malam tadi dan sebahagian pasukan memilih untuk bermalam di kawasan selamat apabila air mulai surut namun keadaan berubah semula apabila hujan kembali.

“Ramai jatuh ketika cuba meredah jalan kerana arus kuat. Kereta pun tidak boleh masuk kerana paras air mencecah empat kaki. Kami sendiri terpaksa menggunakan lori besar untuk menyelamatkan mereka,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register