BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Hat Yai: Tujuh Graduan UniMAP Terkandas Dibenarkan Hadir Konvokesyen

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,703
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,703
Reaction score
97
Points
80
23077281a1905f4d84685f09aac7c7b66923fd0e29c2d

PADANG BESAR, 23 Nov -- Keadaan banjir di Titi Tinggi, Padang besar ketika tinjauan FotoBernama hari ini.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membenarkan tujuh graduan universiti itu yang tidak dapat menghadiri istiadat konvokesyen semalam kerana terkandas di Hat Yai, Thailand akibat banjir, untuk berbuat demikian pada sidang akhir esok.

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zaliman Sauli berkata graduan daripada Fakulti Perniagaan dan Komunikasi itu akan menghadiri istiadat konvokesyen ke-20 pada sidang lapan, petang esok.

"Mereka sepatutnya dijadualkan menghadiri konvokesyen pada sidang tiga semalam … namun, pihak UniMAP sentiasa berusaha untuk memastikan mereka juga merasai pengiktirafan akademik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat 25 pelajar UniMAP termasuk tujuh graduan itu yang terkandas, bagaimanapun kesemua mereka telah selamat pulang ke Malaysia.

Mengenai banjir di Perlis, Zaliman berkata pelajar mahupun petugas UniMAP serta keluarga mereka yang terjejas banjir boleh menghubungi Taskforce Bencana Universiti, manakala mereka yang mengalami kesulitan akibat terkandas susulan bencana itu diminta menghubungi Bilik Gerakan JKES UniMAP melalui talian 04-9414417.

"UniMAP sentiasa komited mendampingi pelajar dalam apa jua situasi," katanya.

Di Alor Setar, Kedah, operasi pemindahan sementara 40 pelajar termasuk pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) ke tempat lebih selamat ditangguhkan ekoran hujan lebat di Hat Yai.

UUM dalam kenyataan memaklumkan koordinasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dengan pihak berkuasa tempatan di Hat Yai akan dilaksanakan secepat mungkin apabila hujan mulai reda.

"Kebajikan dan keselamatan semua pelajar dan petugas ialah keutamaan UUM dan kini pihak universiti sedang memantau keadaan ini secara berterusan dan berhubung rapat dengan Konsulat Malaysia bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat diberi dengan segera.

 
Back
Top
Log in Register