BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rombongan Cuti-Cuti Langkawi Terkandas Di Hat Yai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
cea5725abe4fab427053393fbf4f973c6921bdefa4658

Kredit: Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana (DDPM) Thailand

Seramai 10 anggota rombongan Cuti Cuti Langkawi Sdn Bhd yang berada di Wilayah Songkhla untuk lawatan jaringan usahasama pakej pelancongan Langkawi-Selatan Thailand sejak semalam, terkandas di Hat Yai susulan banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Pengurus besar syarikat itu Dr Baharin Baharom yang mengetuai rombongan berkenaan berkata mereka memasuki Thailand melalui sempadan Padang Besar semalam, sebelum air mulai naik di sekitar bandar Hat Yai pada petang hari yang sama.

“Sejak petang semalam, kami kekal berada di hotel penginapan, kerana banjir mula memenuhi kawasan sekitar. Kira-kira 10 pagi tadi, bekalan elektrik di hotel diputuskan, sebelum pihak hotel memaklumkan bahawa generator akan digunakan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Baharin berkata pihak hotel, dengan kerjasama ejen pelancongan Thailand, turut mengagihkan makanan halal secara percuma bagi makan tengah hari dan makan malam kepada semua pelancong yang terkandas di premis hotel itu.

“Buat masa ini, kami masih menunggu perkembangan terkini daripada pihak berkuasa Thailand. Apa yang menarik, sistem pesanan ringkas digunakan untuk menyalurkan maklumat terkini terus kepada telefon masing-masing,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand, susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dipetik sebagai berkata kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.

Ahmad Fahmi turut memaklumkan untuk sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi pegawai bertugas menerusi talian +66 81 990 1930 atau melalui e-mel [email protected].

 
Naya la stuck in hat yai
Hat yai bandar kecik je
Takde bnyk kemudahan
Kalau kat bangkok tu ok sikit
 
Yang kete tenggelam tu cana la nak setel dengan inusran bengkel bagai
 
Kalau refer kat forecast, Ao Nang Krabi dan sekitar, hampir setiap hari hujan lebat.
Memang risiko drive masuk kawasan selatan Thai pada hujung tahun.
 
Back
Top
Log in Register