combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
UniMAP Duduki Tempat Ketiga Kebolehpasaran Graduan Pada 2025
Datuk Profesor Dr Zaliman Sauli (kanan)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan 20 universiti awam di negara ini bagi Kadar Kebolehpasaran Graduan pada 2025 dengan 99.4 peratus.
Naib Canselor UniMAP Datuk Profesor Dr Zaliman Sauli berkata kadar itu turut menjadikan universiti tersebut pada kedudukan pertama dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
Zaliman berkata pencapaian itu menunjukkan kebolehpercayaan pihak industri dan masyarakat dalam mengambil lepasan UniMAP bekerja, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik.
“Angka ini bukan hanya statistik tetapi satu kepercayaan pihak industri dan keseluruhan sektor pekerjaan di negara kepada lulusan UniMAP.
“Kalau kita lihat dalam keseluruhan 20 universiti, UniMAP berada selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada kedudukan pertama dan kedua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” katanya.
Zaliman berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition (Pi-ENVEX) 2026 di UniMAP di sini hari ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP menyempurnakan majlis itu.
Yang turut berangkat Raja Puan Muda Perlis yang juga Pro-Canselor UniMAP Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sehubungan dengan itu, Zaliman mengucapkan tahniah kepada semua pihak terutama fakulti yang menyediakan sukatan akademik terkini dan diperlukan industri.
UniMAP Duduki Tempat Ketiga Kebolehpasaran Graduan Pada 2025
UniMAP, Zaliman Sauli, Raja Muda Perlis, kebolehpa