BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMPSA Siasat Dakwaan Pelajar Sebar Hantaran Sentuh Isu 3R

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
684d17a62b3ed700d17a9594d33c3ac3699e5f888dda6

Kredit : Laman Facebook UMPSA Malaysia

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sedang menyiasat seorang individu didakwa pelajarnya kerana menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga menjejaskan keharmonian awam.

UMPSA dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah) (Tatatertib Pelajar) 2024.

“UMPSA tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan palsu atau menghasut kebencian. Sentimen 3R ini tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batasan serta sensitiviti,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut mengingatkan semua warga universiti agar sentiasa mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang dalam hidup bermasyarakat.

‘Warga UMPSA diingatkan agar tidak menyebarkan kandungan menyentuh isu berkaitan 3R di media sosial yang boleh menggugat keamanan negara,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register