balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
DI kawasan sekolah inilah terjadi kes cubaan culik seorang murid perempuan oleh dua suspek lelaki menaiki van putih di Shah Alam Jumaat lalu.
SHAH ALAM – Tindakan berani seorang murid perempuan tahun empat menggigit tangan seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah berjaya mematahkan cubaan culik menggunakan sebuah van putih di hadapan sebuah sekolah di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari, budak perempuan itu cuba dilarikan oleh dua lelaki yang menggunakan taktik menawarkan gula-gula sebagai umpan untuk menculik.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat (gambar kecil) berkata, ketika kejadian murid tersebut sedang menunggu ibu bapa yang kebetulan lewat datang menjemputnya pada hari tersebut.
“Ketika itu mangsa telah didatangi seorang lelaki dan cuba mengumpannya dengan memberikan gula-gula tetapi dia kemudian dipaksa masuk ke dalam van manakala seorang lagi lelaki bersiap sedia di bahagian pemandu.
“Namun tindakan berani mangsa menggigit tangan suspek dan kemudian berlari masuk ke dalam kawasan sekolah menggagalkan cubaan culik tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm