BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO Terus Dukung Kerajaan Perpaduan Sehingga PRU16 - Asyraf Wajdi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

UMNO Terus Dukung Kerajaan Perpaduan Sehingga PRU16 - Asyraf Wajdi​

df3287bd4d7e7c16fc28d3edde554cc26a29842661750

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

UMNO akan terus mendukung Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga pilihan raya akan datang selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pendirian itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden parti berkenaan, di Menara Dato’ Onn di sini malam ini.

Pada masa sama, beliau berkata perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana kerajaan negeri memandangkan Kerajaan Negeri Johor telah ditubuhkan lebih awal sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan dan tidak melibatkan parti daripada Pakatan Harapan.

Asyraf Wajdi berkata keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukanlah satu bentuk pengkhianatan terhadap Kerajaan Persekutuan seperti didakwa segelintir pihak sebaliknya ia mencerminkan amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan dengan menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.

Beliau juga berkata UMNO terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat namun ia perlu berlandaskan prinsip keikhlasan serta kepercayaan.

 
Jelas dan nyata:

Pada masa sama, beliau berkata perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana kerajaan negeri memandangkan Kerajaan Negeri Johor telah ditubuhkan lebih awal sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan dan tidak melibatkan parti daripada Pakatan Harapan.
 
Umno johor cakap lain
Umno federal ckp lain
 
Org bodoh yg x ada hujah jer dok UMDAPig UMDAPig, jelas dan nyata BN hanya bekerjasama dgn PH utk bentuk kerajaan di Pusat, setelah masalah hung parliament, x lebih dari tu.

X ada apa2 yg ikat UMNO BN dgn mana2 parti dlm gabungan PH, termasuk PKR sendiri, apatah lg DAPig.
 
Back
Top
Log in Register