BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umno Perlis mahu tanding solo, kritik kerajaan PN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Umno Perlis mahu tanding solo, kritik kerajaan PN​

09d430d3-7623-41a4-a7d2-781426ed79c4-Rozabil-Abdul-Rahman-fb-090826.jpg

Ketua Umno Perlis Rozabil Abd Rahman, berkata tiada perbincangan rasmi dijalankan bersama PN walaupun ada ‘pihak’ cuba menghubunginya. (Gambar Facebook)

Katanya, tiada perbincangan rasmi dijalankan bersama PN di peringkat negeri walaupun ada ‘pihak’ cuba menghubunginya untuk mengadakan pertemuan.

Beliau berkata, gerak kerja Umno Perlis ketika ini adalah untuk bertanding solo.

“Dalam konteks Perlis, kita tidak ada apa-apa perbincangan dengan mana-mana parti, termasuklah dengan PN. Apa yang dihasratkan ahli parti dan gerak kerja yang telah dibuat adalah persediaan untuk kita terus bekerja di 15 DUN dan tiga Parlimen.

“Ini adalah hala tuju yang sangat jelas untuk Umno Perlis. Kita tidak ada apa-apa perbincangan untuk kita mengadakan pakatan bagi pilihan raya yang akan datang. Itu pendirian Umno Perlis buat masa ini,” katanya menurut Berita Harian.

Pada pilihan raya lalu, Umno tumpas di semua kerusi ditandingi sama di DUN mahupun Parlimen.

Rozabil ketika mengulas lanjut turut menyuarakan keyakinan Umno Perlis semakin mendapat sokongan berdasarkan reaksi dan trend rakyat ketika ini.

“Rakyat Perlis telah memberi peluang kepada PN untuk mentadbir, tetapi sehingga saat ini tidak nampak apa-apa perkembangan pembangunan, terutamanya peluang pekerjaan dan ekonomi kepada anak muda.

“Kita akui pentadbiran BN terdahulu ada kekurangan, tetapi berbanding pentadbiran sekarang, jauh berbeza. Sebab itu jentera termasuk Wanita menerusi Jalinan Rakyat (JR) di setiap pusat daerah mengundi (PDM) telah digerakkan seolah-olah pilihan raya akan berlaku pada bila-bila masa,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register