BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH sedia hadapi pelbagai senario PRN Melaka termasuk tanding solo

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PH sedia hadapi pelbagai senario PRN Melaka termasuk tanding solo​

582c6f05-amirudin-shari-naib-presiden-pkr-1.jpg

Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari berkata gabungan itu akan mengadakan perbincangan dalaman bagi menentukan langkah khusus bakal diambil bagi menghadapi PRN Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari berkata setakat ini belum ada rundingan rasmi mengenai kerjasama antara PH dengan Barisan Nasional (BN) diadakan bagi menghadapi PRN berkenaan.

Menteri besar Selangor itu berkata rundingan rasmi dengan Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh bagi PRN Melaka masih belum diadakan bagi menentukan sebarang bentuk kerjasama.

“PH akan membuat persediaan dalam pelbagai situasi dan keadaan itu maknanya adakah keadaan seperti di (PRN) Johor atau Negeri Sembilan, atau situasinya berbeza,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan Milikan Kosong (VP) NCT Smart Industrial Park (NSIP).

Pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, PH bertanding secara solo.

Amirudin, yang juga naib presiden PKR berkata PH juga akan mengadakan perbincangan dalaman dalam satu atau dua hari akan datang bagi menentukan langkah khusus bakal diambil bagi menghadapi PRN Melaka.

Beliau berkata rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen lazimnya boleh berlarutan sehingga menjelang hari penamaan calon, namun PH bersedia mengambil langkah lebih awal sekiranya keadaan memerlukan.

Pada 25 Ogos lepas, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata Amirudin diberi mandat untuk memperincikan bentuk kerjasama antara gabungan itu dengan BN, termasuk agihan kerusi pada PRN Melaka akan datang.

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN dan pada PRN Melaka ke-15, BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 kerusi, diikuti PH dengan lima kerusi manakala Perikatan Nasional dua kerusi.

Mandat kerajaan negeri Melaka akan tamat pada 31 Dis ini.
 
Back
Top
Log in Register