afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Umno kekal dalam kerajaan perpaduan, hormat perbezaan pandangan
Presiden Zahid Hamidi kata resolusi PAU lalu bahawa Umno akan terus bersama kerajaan perpaduan hingga akhir penggal harus dihormati. (Gambar Bernama)
Beliau berkata perbezaan pandangan antara parti dalam kerajaan perlu dihormati sebagaimana Umno menghormati pandangan berbeza yang dilontarkan oleh parti lain.
“Perbezaan pendapat dalam kerajaan perpaduan perlu dihormati. Begitu juga kami menghormati perbezaan pendapat yang dilontarkan oleh mereka,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
Zahid berkata Umno dan anggotanya dalam Jemaah Menteri akan profesional dalam menjalankan tugas walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam kerajaan.
Katanya, resolusi PAU lalu bahawa Umno akan terus bersama kerajaan perpaduan hingga akhir penggal harus dihormati.
Sementara itu, Zahid berkata pandangan yang dikemukakan jurucakap sayap dan negeri pada PAU tidak boleh dianggap sebagai pendirian rasmi Umno.
Beliau berkata perbezaan pandangan yang disuarakan perwakilan atau jurucakap sayap dan negeri perlu dilihat dalam konteks pandangan masing-masing.
Katanya, pendirian rasmi Umno hanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan setiausaha agung atau beliau sendiri.
“Kita boleh hormat perbezaan pandangan ketika kongres dan konvensyen. Mereka juga pasti boleh hormat beza pandangan yang dikemukakan oleh jurucakap sayap-sayap dari negeri-negeri,” katanya.
