BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UKM Terima Tiga Timbalan Naib Canselor Baharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a58551f31edcf1590f069a803da9aa8369315e4ca1f99

b529711e572823f58abda7092f0851a569315fa864105

5e7dd46669a3567891bcd24346ef54d9693160db1172a

Prof Dr Ismanizan Ismail dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi. (Kredit: Universiti Kebangsaan Malaysia)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menerima pelantikan tiga Timbalan Naib Canselor baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam (3 Dis).

Mereka adalah Prof Dr Ismanizan Ismail yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi; Prof Ts Dr Norinsan Kamil Othman sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni; dan Prof Dr Bariah Mohd Ali sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat.

Naib Canselor UKM Prof Dr Sufian Jusoh berkata pengalaman dan reputasi cemerlang yang dimiliki ketiga-tiga Timbalan Naib Canselor berkenaan diyakini mampu memperkukuh peranan UKM sebagai peneraju pendidikan tinggi seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

“Seluruh warga UKM mengucapkan tahniah atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UKM dalam kenyataan sama memaklumkan Prof Dr Ismanizan sebelum ini memegang jawatan Pengarah Pusat PERMATA@Pintar Negara, Pengarah Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM).

“Beliau merupakan lulusan Doktor Falsafah dari University of Edinburgh, United Kingdom dan pakar bioteknologi dalam bidang sumber lestari serta alam sekitar dan kehidupan pintar,” menurut kenyataan itu.

UKM memaklumkan Prof Dr Norinsan pula berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Kakisan dan Kejuruteraan dari University of New South Wales, Australia.

“Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM dan menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni sejak April lepas.

“Prof Dr Bariah ialah pakar optometris kanta lekap yang berkelulusan Doktor Falsafah dari University of New South Wales, Australia. Sebelum ini, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah UKM dan pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Sains Kesihatan,” menurut UKM.

 
Back
Top
Log in Register