BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ranking Universiti Penting Untuk Kerjasama Global, Pembiayaan - Naib Canselor UKM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
7b42c479c4e9678279d19d88db69a5bd69533755a5152

bdae3807051ec2f51284e4c14ba5e5df6953376ebf5ec

bc96db5aaca8701a26d5305d1abeaea1695337abdd71f

Kredit: UKM

Ranking universiti seperti QS World University Rankings dan Times Higher Education World University Rankings memainkan peranan penting dalam meletakkan universiti Malaysia di pentas global, khususnya menarik kerjasama antarabangsa dan pembiayaan penyelidikan, kata Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sufian Jusoh.

Beliau berkata walaupun terdapat segelintir ahli akademik yang berpendapat ranking universiti tidak penting atau memberi tekanan yang tidak perlu kepada para sarjana, beliau tidak bersetuju, khususnya dari sudut pandang seorang pentadbir universiti yang komited terhadap pembangunan negara dan kemajuan teknologi hadapan.

“Saya cenderung untuk tidak bersetuju dengan penulis-penulis itu. Saya menulis daripada perspektif seorang pentadbir universiti yang universitin­ya berhasrat untuk menyumbang kepada pembangunan negara, khususnya dalam memajukan penyelidikan dalam teknologi hadapan seperti kecerdasan buatan (AI), Pengkomputeran Kuantum, Ekonomi Digital serta tenaga bersih dan hijau,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Sufian berkata aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi memerlukan pelaburan yang kukuh dalam penyelidikan dan pembangunan, termasuk peningkatan pembiayaan sektor swasta serta kerjasama yang lebih mendalam bersama universiti dan institusi penyelidikan global terkemuka.

Beliau berkata UKM secara aktif menyokong agenda nasional di bawah Pelan Ekonomi MADANI dengan meneruskan kerjasama bersama universiti terkemuka, badan pembiayaan dan syarikat di seluruh dunia, sambil menegaskan ranking universiti menjadi pertimbangan penting dalam penglibatan sedemikian.

“Ranking universiti menjadi titik rujukan utama dalam pembuatan keputusan berkaitan kerjasama dan pembiayaan. Sama ada seseorang itu bersetuju atau tidak, ia diterima secara meluas sebagai ukuran kualiti,” katanya.

Sufian berkata ranking semasa UKM di tempat ke-126 dalam QS World University Rankings telah mengukuhkan ranking antarabangsa universiti itu dan memudahkan pembentukan perkongsian strategik.

“Semasa lawatan kami ke sebuah universiti 10 teratas baru-baru ini, antara soalan pertama yang diajukan adalah mengenai ranking UKM. Kami dimaklumkan bahawa banyak institusi dan syarikat ini hanya berminat untuk bekerjasama dengan universiti dalam kelompok 200 teratas,” katanya.

Beliau berkata UKM telah berjaya memperoleh kerjasama dan pembiayaan daripada organisasi antarabangsa dan nasional, serta melantik pakar daripada syarikat dan institusi seperti Blackberry, Micron, Sony, sebuah firma modal teroka dan sebuah bank pembangunan antarabangsa ke dalam Lembaga Penasihat Antarabangsa universiti itu.

 
Back
Top
Log in Register