BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UK umum perintah berkurung media sosial

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,707
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,707
Reaction score
97
Points
80

UK umum perintah berkurung media sosial​

KURUNG-MEDIA1-scaled.jpg

ILUSTRASI menunjukkan paparan logo Facebook pada skrin telefon bimbit, 3 Jun lalu. – AFP

LONDON –  Kerajaan United Kingdom(UK) akan memperkenalkan perintah berkurung media sosial semalaman kepada remaja berumur 16 dan 17 tahun susulan pengumuman larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun, bulan lalu.

Mengulas tindakan keras terbaharu itu kerajaan UK  berkata,  perintah berkurung akan melibatkan platform media sosial seperti Instagram dan Facebook, dari pukul 12 tengah malam hingga 6.00 pagi.

Bulan lalu, UK menjadi negara terbaharu mengharamkan laman media sosial termasuk Snapchat, TikTok, YouTube, Instagram dan Facebook untuk remaja bawah umur 16 tahun, dalam perubahan yang ditetapkan berkuat kuasa awal 2027.

“Walaupun mendapat kebebasan lebih besar pada usia 16 tahun, golongan muda  wajar  terus dilindungi daripada ciri dalam talian  yang boleh memberi kesan buruk kepada kesejahteraan mereka,” kata Menteri Teknologi Liz Kendall ketika mengumumkan langkah tersebut semalam.

Langkah itu termasuk pemeriksaan ke atas penggunaan chatbot kecerdasan buatan yang memerlukan mereka yang berumur di bawah 18 tahun untuk berehat secara berkala semasa menggunakan platform tersebut. – AFP

 
Back
Top
Log in Register