BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hantaran Di Media Sosial, Polis Ingatkan Masyarakat Lebih Bertanggungjawab

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Hantaran Di Media Sosial, Polis Ingatkan Masyarakat Lebih Bertanggungjawab​

f4ed87b3d51061444511f65f15b73e8d6a1eae4689c5e


Polis mengingatkan masyarakat supaya lebih bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 termasuk tidak menyebarkan kandungan berunsur fitnah, hasutan, penghinaan, provokasi dan berita palsu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata PDRM memandang serius sebarang penyebaran kandungan yang boleh menggugat ketenteraman awam, mengancam keselamatan negara serta menjejaskan keharmonian masyarakat.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan platform media sosial dengan memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian, permusuhan, ketegangan kaum, agama, institusi diraja atau mana-mana pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya.

"PDRM tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

"Ini termasuk dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 serta undang-undang lain yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alzafny berkata pihaknya akan mempertingkat pemantauan terhadap kandungan media sosial sepanjang tempoh pilihan raya dan sebarang pelanggaran undang-undang akan disiasat tanpa mengira latar belakang atau kedudukan individu yang terlibat.

Beliau berkata orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber sahih, tidak mudah terpengaruh dengan provokasi serta bersama-sama memelihara keamanan, ketenteraman awam dan keharmonian negara sekali gus memastikan proses PRN di negeri ini berjalan dalam suasana aman, harmoni dan mematuhi lunas undang-undang.

 
Back
Top
Log in Register