BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ujian klinikal rawatan Ebola bermula di Congo

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ujian klinikal rawatan Ebola bermula di Congo​

3570279.webp

Seorang petugas kesihatan mengambil sampel daripada pesakit dijangkiti Ebola di Bunia wilayah Ituri. Foto AFP

GENEVA - Ujian klinikal dua rawatan berpotensi bagi strain Bundibugyo yang mencetuskan wabak Ebola terbaharu di Republik Demokratik Congo (DRC) bermula pada Khamis.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan kaedah rawatan itu menggunakan antibodi monoklonal MBP134 dan ubat antivirus remdesivir yang diberikan secara berasingan atau terapi kombinasi.

Ketua Bahagian Rangka Kerja Penyelidikan dan Pembangunan, Vasee Moorthy berkata, rawatan itu akan dimulakan di kemudahan di Ituri sebelum diperluaskan secara berperingkat ke wilayah lain.

Menurutnya, pesakit akan dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan iaitu penerima remdesivir, MBP134, kedua-duanya atau tanpa rawatan bagi menilai keberkesanan kombinasi tersebut.

Sehingga kini, kira-kira 1,406 kes dan lebih 400 kematian disahkan di Congo manakala seramai 208 pesakit dilaporkan pulih.

Krisis Ebola semasa merupakan wabak ke-17 yang melanda Kinshasa manakala wabak paling maut sebelum ini meragut hampir 2,300 nyawa antara 2018 hingga 2020. - AFP

 
Back
Top
Log in Register