BTC USD 105,511 Gold USD 2,774.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubah Wang Haram - Peter Anthony tak mengaku salah ubah wang haram RM8.75 juta

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,579
Top Poster #9
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,579
Reaction score
4,244
Points
266
Awards
1
BERNAMA | | 11 Jun 2020

734289.jpg

Menteri Pembangunan Infrastruktur yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini bagi menghadapi pertuduhan berhubung pengubahan wang haram melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda). - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony hari ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram bernilai RM8.75 juta di Mahkamah Khas Rasuah di sini.

Peter membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan terhadap beliau di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Dua pertuduhan itu di bawah Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 manakala tiga lagi mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Mengikut pertuduhan pertama, Peter didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Julai 2014 iaitu melibatkan diri secara langsung dalam transaksi melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dengan mengarahkan individu tertentu memindahkan wang RM1.75 juta daripada akaun bank milik syarikat Budiman Juta Sdn Bhd ke akaun bank syarikat Wondrous Enterprise Sdn Bhd di Malayan Banking Berhad, Lot 6 & 7, Jalan Perpaduan, Kampung Air dekat sini.

Bagi pertuduhan kedua, Peter didakwa menerima wang berjumlah RM2 juta iaitu hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik Asli Jati Engineering Sdn Bhd iaitu syarikat milik beliau di tempat yang sama pada 4 Ogos 2014.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa di bawah Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan ketiga dan keempat pula, Peter didakwa menerima wang sebanyak RM900,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd, juga di lokasi sama, masing-masing pada 5 September 2014 dan 7 Disember 2015.

Peter dituduh menerima wang tunai RM4.1 juta, hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd di lokasi sama antara 20 November 2015 dan 18 Januari 2016 bagi pertuduhan kelima.

Ketiga-tiga pertuduhan itu jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Peter diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin tempatan serta dua syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sekali dalam dua bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya SPRM iaitu Ahmad Akram Gharib dan Nartiah M Sambatan manakala Peter diwakili empat peguam iaitu Cedric Choo, Datuk Douglas Lind, Martin Tommy dan Luke Ressa Balang.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 4 Ogos ini. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...thony-tak-mengaku-gubah-wang-haram-RM875-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

pertuduhan politik nie. nk tekan pie abdal. hehehe

Betul tu, asal kena kpd pemimpin PH....mesti di cop konspirasi....suci dari dulu sampai skrg.

Scriptnya dan pemikiran penyokong dan pemimpin PH mcm ni, bagaimana otak mereka berfungsi :

SPRM siasat ajer pemimpin PH
- ini semua konspirasi, sprm dipergunakan kerajaan, ini semua hendak jatuhkan kerjaya politik saya, Sprm baruaaaa kerajaan....

SPRM siasat ajer pemimpin Umno / Pas / Parti Lawan
- Hidup SPRM!!!! ini yg dimahukan rakyat, SPRM idola rakyat.....bla....bla....baguslah SPRM....minggu depan kita berdemo sokong SPRM..
Yg kena siasat, biasa telah dicop bersalah terus, walaupun belum masuk mahkamah.


Dari dulu sampai skrg, yg dikata parti suci, bukannya Pas. Parti paling suci, adalah parti di bawah PH, itulah sebenarnya.
Kena ajer siasat, terus menyalak.
 
Bekas Ketua Menteri minta penjelasan RISDA pengakuan Michael Ubu bayar RM18 juta!
16:06 Jun 07, 2020 | By SabahKini2 2


Selepas hilang 2 tahun lari ke luar negara. Michael kembali ke Sabah diam-diam tiba-tiba membuat pengakuan membayar RM18 juta wang RISDA melalui 'kawtim' kes. PDRM dan SPRM sejak 2018 memburu Michael Ubu..

KOTA KINABALU: Kepulangan Michael Ubu secara diam-diam ke Sabah 29 April lalu sebagaimana didedahkan oleh Sabahkini2 mencetuskan kontroversi baru termasuk pengakuan peguam Michael bahawa keluarganya telah memulangkan RM18 juta wang yang dilarikan sejak 2 tahun lalu kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Peguam mengaku Michael Ubu kini di Sabah, RM18 juta bayar kepada RISDA satu pembohongan? ]

Semakan Sabahkini2 dari sumber tidak ada penyelesaian pembayaran RM18 juta itu. Malahan SPRM tidak pernah dimaklumkan mengenainya. Kali terakhir RISDA mendedahkan kepada media kes jual beli tanah itu ialah pada 3 Mac 2016 mengenai pecah amanah RM15 juta.


Datuk Zahidi pun dah jadi Timbalan Menteri KKMM sekarang. Beliau melaporkan kes itu kepada PDRM. Malah kepada SPRM

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) digesa menjelaskan kekaburan berkait laporan polis pecah amanah jenayah terhadap firma guaman Michael Ubu & co pembelian tanah RISDA yang menjadi isu sejak 2014.

Bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata dakwaan bahawa wang terbabit telah dikembalikan kepada RISDA dan peguam itu tidak melarikan diri sangat meragukan.

Memetik beberapa laporan media, Yong berkata, peguam yang mewakili keluarga Michael Persius Ubu mendakwa bahawa sebanyak RM18 juta telah dikembalikan kepada Risda daripada urus niaga itu.

“Keluarga berkenaan juga menafikan Ubu menghilangkan diri, sebaliknya beliau berada di rumahnya,” kata Yong.

Jumaat lalu peguam anak-anak beliau, melalui peguam Benjamin Chin, menolak dakwaan Sabahkini2 bahawa ayah mereka melarikan, ditangkap SPRM dan mengesahkan berada di rumah.



Untuk rekod selepas notis SPRM dikeluarkan 3 Januari 2018 hanya Datuk Peter Anthony berjaya direman SPRM manakala Michael Ubu menghilangkan diri selama 2 tahun sehinggalah didakwa muncul kembali ke Sabah pada 29 April lalu menggunakan orang dalam imigresen.

Yong berkata, kenyataan Chin itu mendedahkan beberapa perkara yang menjadi rahsia sebelum ini.

Katanya, ia bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah yang sedia ada, tetapi sebaliknya menimbulkan lebih banyak persoalan dan kontroversi.

Beliau berkata, antara persoalannya ialah bagaimana Ubu mendapat wang RM18 juta, siapakah yang membayarnya dan bilakah ia dibuat kepada RISDA?

Sekiranya wang itu dikembalikan baru-baru ini, maka Risda adalah tertakluk kepada siasatan audit, sementara para pegawainya perlu menjelaskan ke manakah wang itu disalurkan, kata Yong.

SPRM sebelum ini telah memohon kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk membuat pendakwaan kes rasuah pecah amanah Datuk Peter Anthony dan Michael P Ubu ini namun ditangguhkan oleh Peguam Negara sebelum PRU ke 14 atas sebab-sebab tertentu.

RISDA perlu memberi penjelasan benarkah pengakuan Michael P Ubu itu?

[https://sabahkini2.com/en/news/2837...da-pengakuan-michael-ubu-bayar-rm18-juta/view]
 
Peter dipanggil ke SPRM lagi, Michael P Ubu peguam hilang akan muncul?
04:06 Jun 10, 2020 | By SabahKini2 2


Datuk Peter dan Warisan jangan terlalu gembira. Permainan siasatan SPRM ini masih panjang. Michael Ubu pun sudah ada di Sabah. Dokumen projek juga telah dirampas mengaitkan salahguna kuasa Peter, Shafie dan Peguam Michael Ubu. Jadi...

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Warisan Peter Anthony hadir di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu pagi semalam disoal siasat SPRM selama 7 jam.

Peter, 49, merangkap Adun Melalap sebagaimana dilapor Sabahkini2 lebih awal sebelum ini disoal siasat kontrak penyelenggaraan jalan bernilai RM1.5 bilion secara rundingan terus kepada lima syarikat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM? ]

Semalam Peter berkata SPRM menyiasatnya mengenai projek penyelenggaran jalan RM1.5 bilion. Peter memberi alasan kepada media projek yang disiasat adalah berkaitan kegagalan syarikat konsesi lantikan kerajaan terdahulu yang gagal melakukan amanah diberikan dan telah dihidupkan semula oleh kerajaan sekarang.

Bagaimanapun siasatan SPRM berdasarkan dokumen yang dirampas tertumpu kepada kelayakan 5 syarikat yang dilantik, satu bukan dari Sabah dan satu lagi mempunyai kaitan dengan kes RISDA sebelum ini dengan nilai RM325 juta hingga RM500 juta. Kegagalan konsesi hanya alasan Peter untuk melantik syarikat kroni.

[ARTIKEL BERKAITAN-Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak ]

Siasatan rasuah oleh SPRM bukan serangan politik tetapi memang Peter Anthony pengamal rasuah tegar sejak disiasat 2017

Kes RISDA

Hari ini SPRM akan menyiasat Peter mengenai projek ladang sawit dan penggelapan wang RM15.5 juta oleh peguam Michael P Ubu kelapa sawit milik Lembaga Pembangunan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

SPRM telah mengesan kedudukan persembunyian Michael Ubu yang dilaporkan hilang sebelum ini dan kini kembali ke Sabah dengan kontroversi baru iaitu kononnya pembayaran RM18 juta telah dibuat kepada RISDA. Setakat hingga kini tiada kenyataan rasmi RISDA. Peguam keluarga Michael Ubu Benjamin Chin juga telah dipanggil SPRM berhubung kenyataannya dalam sidang media jumaat lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Peguam mengaku Michael Ubu kini di Sabah, RM18 juta bayar kepada RISDA satu pembohongan? ]

Semalam Peter hadir di pejabat SPRM ditemani oleh Setiausaha agung Warisan Loretto S Padua, Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman, Adun Tanjong Kapor Ben Chong, peguamnya dan para pendokong warisan bersesak beramai-ramai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).



Pada Februari, Peter telah membuat laporan polis dan mahu menyaman Sabahkini2 kononnya fitnah namun terbukti hari ini siasatan salahguna kuasa dan rasuah terbukti benar serta berasas. Projek yang disiasat itu turut berkait dengan pemilik syarikat kes RISDA 2018 yang menyebabkan Micheal P Ubu melarikan diri ke luar negara.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony saman Sabahkini2 berpengkalan di Rusia ]

Tuduhan Peter terhadap musuh politik hanyalah alasan untuk meredakan isu wal hal yang membuat pendedahan salahguna kuasa dan rasuah adalah Sabahkini2. Ia pendedahan biasa mana-mana pemimpin politik pengamal rasuah.

Permainan masih belum berakhir. Michael Ubu belum muncul lagi di SPRM. Persoalan pasti terjawab jika Michael Ubu pemegang wang Datuk Peter ditangkap. Oleh itu Peter jangan seronok kerana diberi pelepasan tanpa reman. Beliau hanya memperalatkan jawatan Menteri. Beliau sepatutnya meletak jawatan atau bercuti jika disiasat SPRM.

Pastinya banyak kejutan lagi berlaku selepas ini.

[https://sabahkini2.com/en/news/2845...-michael-p-ubu-peguam-hilang-akan-muncul/view]
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register